Wednesday, April 12, 2017

Y.E.T 2016

Ape YET tu?
hahahaha selalu YES je ada kan... Year End Sale kan...
Haaa ni kita buat YET. Year End Trip...

Takde la ke mana pun, tapi saja syok sendiri je... Hihihihi

Saja nak suruh budak-budak kat rumah ni simpan duit dalam tabung. Konon-konon target hujung tahun boleh roadtrip sama-sama.
So far, budak-budak ni ok je...

Bukan ape, selalu sangat cuti sekolah tak ke mana-mana, duduk rumah, mak pak kerja... dah tentu boring kan makan tidur tengok tv makan balik, ngantuk tidur pastu tengok tv balik... Ehhh boring lah.
Mak ayah tengok pun boring. Hahahhaa kesian...

Kali ni, duit tabung sebalang gak.
Tapi terlupa nak tukar kat bank...

Jadiknya, pakai apa yang ada je lah... Konsep still sama, the best plan is no plan. Cukup duit abis, kita balik. Gitu...


--------------------------------------------------------------

Hari pertama, Ahad.

Macam biasa jugak, gerak pagi dari rumah mak di Johol, Negeri Sembilan.
Macam biasa mak bekalkan kami makanan untuk makan di perjalanan. Rendang daging dan sambal ikan bilis.
Siap bagi pinjam portable fan untuk kami.
Mak memang terbaik lah mak. muah muah... Hahaha

Then, singgah rumah kejap sebab ayah ada meeting koperasi pagi tu sampai tengahari. Pastu baru gerak ke  Elite Highway menghala ke utara. Kami exit di Bukit Jelutung dan susur ke Puncak Alam.
Singgah petrol station untuk ke tandas, beli kudap-kudapan.


Singgah lagi di Sungai Besar, Selangor untuk minum-minum, singgah tandas. Cuti sekolah agaknya, tandas kat petrol pump semua penuh. Kelakar je. Beratur macam rombongan. Hahaha especially tandas perempuan..

Perjalanan di teruskan lagi sampailah ke Lumut. Port baik kami dah tau sebab pernah sampai sebelum ni, kami memilih kawasan memancing area UniKL MIMET.
Waktu kami sampai waktu tu dah malam. Ramai rupanya pemancing-pemancing area situ. Meriah!


Sunset.


Ramai pemancing yang bawak family berkhemah.


Pemandangan kami.  Kami memang gemarkan laut. Ni Jambatan Permaisuri Bainun.

Kami anak beranak pasang khemah, terus tidur.
Ayah la pergi berborak dengan pemancing-pemancing, kami tak amik port pun. Tidur lagi sedap. Hehehehe

Malam tu, nasib tak menyebelahi kami. Hujan turun dengan lebatnya, kami banjir di dalam khemah...

----------------------------------------------------------

Hari kedua, Isnin.

Bangun pagi dengan keadaan basah kuyup. Khemah kami memang dah tak boleh bertahan lagi.

Malam tu dengar bunyi enjin kereta berlalu tinggalkan khemah kami, dengar bunyi orang bising-bising kemas barang mancing, dengar jugak bunyi suara orang kejut anak-anak bangun, tapi kami buat dek je... Hahaha
Ambik kau! Pagi-pagi, kosong dah kawasan ni. Tingal dua tiga bijik kereta je. Itupun tuannya tak ada.

Termenung-termenung kami... Hahaha


Bye bye khemah. Jasamu tetap ku kenang. Kami tinggalkan je dia kat situ.
Memang tak boleh pakai dah.
Sedih.


Perjalanan di teruskan dengan singgah beberapa buah masjid dan beberapa petrol station.
Hahaha
Perjalanan kami hanya berpandukan sign board tepi jalan, singgah jugak mana-mana pasar tepi jalan mana-mana kot berkenan boleh beli.


Sempat singgah membeli bunga kemboja di Pantai Remis, Perak.
Happy rasa.

Kami ingatkan Pantai Remis tu pantai, rupanya takde pantai pun. Nama pekan tu je Pantai Remis. Majoriti bangsa cina je situ. Beli bunga tu pun dengan cina jugak.

Perjalanan dari Lumut menempuh Pantai Remis menuju ke Terung, terus ke Matang dan Taiping.
Sempat jumpa gerai durian, tapi harga durian adalah sangat mahal time tu. Sebab baru nak mula musim katanya...

Sampai Taiping, breakfast makan roti dengan rendang daging.
Pusing-pusing  Tasik Taiping, singgah McD dan tergerak nak ke Kuala Kangsar.

Tapi tak singgah mana pun terus kami menuju ke Gerik.

Alkisah la, rupanya Kuala Kangsar nak ke Gerik tu adalah jauh ye...
Hahaha
Sunyi dan jalan dia adalah cantik. Seronok.
Tapi tu lah jangan seronok sangat... Hihihi...
Kereta kami tiba-tiba aircond dia tak sejuk. Bunyi angin je, bunyi compressor dia pulak takde...

Ah sudah! Time-time tu la pulak kan... Hahaha

Perjalanan di teruskan dengan pemanduan berhemah dengan bantuan portable fan mak mertua....


Kabus. Area Temelong menuju ke Gerik.
Mendung jugak la sekejap.

Sampai Gerik, singgah masjid dan singgah makan. Sempat jugak carik kedai repair kereta tapi tak jumpa yang boleh repair aircond, so pasrah je lah...
Bawak je lah kereta dengan cermin kereta terbukak. Nasib baik tak hujan.... Hahaha

Kami stay di Hotel Sri Bintang, Gerik.
Murah. Selesa. Anak-anak pun ok, so ok lah...

------------------------------------------------------

Hari ketiga, Selasa.

Bangun pagi, happy. Sebab tidur lena kan.
Mood anak-anak pun ok, kami pun tak de apa yang nak di kejarkan... Santai-santai je.
Check out pun lambat.

Dari Hotel Sri Bintang kami menuju ke Bukit Berapit, menghala ke kawasan sempadan Pengkalan hulu / Betong.


Area Kerunai, Gerik.


Menuju ke Bukit Berapit, Pengkalan Hulu.


Sempat tanya sorang pakcik tu, boleh tak nak masuk pergi pasar dalam tu...
Hahaha pakcik tu siap ajar macamana nak cakap dengan pegawai immigration tu. Bagi i.c je katanya...


 Tumpang lalu ye...


 Selamat datang Pengkalan Hulu Border Town


View dari arah pasar buah.
Sempat jugak menyoping beras, buah dan kacang-kacang.

Perjalanan di teruskan lagi dan lagi.


Dan, kami sampai ke Ipoh.

Fuhhhhhh cuaca adalah panas. Orang dalam kereta pun panas... Hahaha

Dengan bantuan kawan, kami dapat booking hotel. Tower Regency Hotel.
Senang kerja. Hehehe panas-panas tu kan, malas nak cari hotel. Syukurlah bila kawan tu tolong carikkan.
Tapi berpusing-pusing la jugak mencarinya...
Rupa-rupanya senang je.

Hari ni memang layan budak-budak je. Bawak dorang makan nasi vanggey yang fofular tu, lepas tu nak mandi kat swimming pool.


Nasi Vanggey  kat Greentown.

Nasi Vanggey tu bagi kami biasa-biasa je. Tapi ramai orang yang makan kat situ. Sebab sama macam kami kot, just nak rasa je. Hehehe nama nak teringat-teringat kesedapan kuah karinya tu memang tidak lah...

Malam, kami ronda-ronda Ipoh je, situ-situ je... Banyak jalan sehala, terpusing-pusing la jugak.


Kami singgah Kinta Riverfront kot nama dia kalau tak salah... Hahaha

Yang sorang nampak kereta mainan nak main pulak.... Yang sorang nak naik beca, tapi kami malas nak layan. Hihihihi
Last-last bagi dorang tengok 3D game tu je...

--------------------------------------------------------------

Hari keempat, Rabu.

Masih di Ipoh. Masih santai-santai... Bermalas-malasan atas katil.

Pagi-pagi, layan swimming pool lagi.
Tapi ramainya umat... Musim cuti sekolah, lepas tu ada geng-geng cikgu buat kursus kat situ, memang penuh la swimming pool tu dengan orang mandi-manda.

Macam tu la jugak time breakfast. Padat.
Kami makan-makan ala kadar je. Terus blah. Pening tengok ramai-ramai... Hahaha


View dari bilik hotel.
Kemas-kemas barang, pukul 12, kami check out.
Jalan-jalan pusing-pusing Ipoh lagi, then kami check in hotel lagi.
Still Ipoh lagi.
Hahahaha saja, kali ni kami cari area Aeon Big Kinta City.

Kami memilih MH Hotel, Ipoh.

Seronok hotel ni. Orang tak ramai. Parking lot pun kosong je...
Staff dorang pun friendly.
Ada staff dia tu berbangsa India. Berborak fasih melayu siap slang perak pekat ber-kome, teman.
Hahaha comel betul.


"Ibu, ambik gambar adik..."

Malam, layan movie Sing.


Semua enjoy tengok movie, kecuali Thaqif dia tido bila dah separuh jalan cerita.
Memang bantai kena kutuk la dia... Kihkihkih

----------------------------------------------------------

Hari kelima, Khamis.

Singgah dobi dulu, cuci baju.
Sambil-sambil tu singgah makan dulu.
Repeat lagi nasi vanggey. Cuma kali ni cawangan dia yang lain. Kedai yang ni area Jalan Raja Dr Nazrin Shah.


 Boleh lah. Still ada tempat lain lagi lebih sedap. Hehehee

Siap mendobi, perjalanan di teruskan semula.


Cuaca panas terik. Perut kenyang. Bawak kereta pun slow je...


Simpang Pulai.


Kiri kanan hijau mata memandang... Pandang dari tingkap kereta sambil berangan..


Kalau lah duduk area sini, hari-hari makan sayur fresh. Murah-murah pulak tu...


Tak pun tanam sendiri, lagi best. Cuaca sejuk atas bukit tanam ape pun jadik. Hehehe


Jalan lagi menghala ke Gua Musang. Ni area Jalan Bertam rasanya.





Sambung berangan lagi. Sambil berborak, kalau kalau kami terjumpa gajah melintas...
Tapi takde pun. Jangan kan gajah, musang pun takde.

Akhirnya. Dalam pukul 5 jugak kami sampai di Gua Musang. Lenguh pinggang. Hahaha.

Pusing-pusing Gua Musang mencari tempat bermalam.


Singgah dulu makan ice cream.


Pakwe makwe minum segelas...

Kalau ingat-ingat balik kelakar je. Baju semua baru didobikan pagi tu, baju buruk lubang-lubang ni kau pakai dik sampai ke Gua Musang. Kereta kami kan hangat, baju ni memang sesuai untuk dia. Hehehehe

----------------------------------------------------------

Hari keenam, Jumaat.

Keluar bilik mencari breakfast, sambil-sambil singgah pasar pagi.
Shopping-shopping keropok sikit untuk di bawak balik.

Tengahari kami check out, memang fikir kita balik je lah hari.
Slow-slow tak kisah pukul berapa sampai...


Dari Gua Musang, kami menuju ke Kuala Lipis mencari Siti Nurhaliza.


Jalan lurussss... Cuaca panasss.... Mata pun naik mengantuk. Ni area Batu Yon, Lipis kalau tak salah terbaca signboard la.

Misi mencari Kak Iti di Kuala Lipis adalah gagal dan perjalanan di teruskan lagi.


Sampailah terjumpa ni, kami berhenti. Rehat kejap luruskan pinggang.


Sedapnya!!! Walaupun rupanya tak cantik, tapi kesedapannya susah nak carik kalau kat kawasan rumah kami.
Memang puas hati. Licin pinggan kami kerjakan.

Sempat jugak bungkus bawak balik yang belum di goreng.


Bye bye kami nak balik dah.


Kami drive lagi menuju ke Bentong. Ni area Sabai. Hijau mata memandang. Jarang-jarang nak berselisih dengan kereta.


Walaupun dah pukul 5 petang, matahari masih menyilau...

Area Bentong ni banyak dusun durian. Sambil drive sambil intai pokok durian orang.

Drive lagi sampailah ke Simpang Durian.
Dan kami singgah ke rumah kawan kami, Balau dan Lin di Felda Pasoh 1, Simpang Pertang.
Dan kami dijamu makan malam.


Nikmatnya makan kat kampung kan.
Dah seminggu makan kedai, jemu oiii
Sambal ikan bilis tu memang terbaik!

Dan malam tu kami tak jadik balik. Kami tidur rumah kawan tu. Hihihi

------------------------------------------------------

Hari ketujuh, Sabtu.

Sempat menuntut ilmu dengan mak Lin macamana nak masak masak lemak cili api daun maman.
Terima kasih makcik. Acik masak memang sedap.

Sambil masak sambil berborak, banyak cerita yang dikongsikan.
Sambil berborak sambil tergelak. Makcik ni cakap pekat negeri, kena dengar betul-betul baru faham. Hehehe

Pagi-pagi lepas breakfast, kami minta diri balik.
Sebagai buah tangan tanda terima kasih, keropok losong sedap dari Jerantut tu kami hadiahkan untuk mak Lin.
Terima kasih jugak sebab Acik bekalkan kami masak lemak daun maman untuk di bawak balik.


Sawah padi.

Dulu kecik-kecik, cikgu suruh lukis pemandangan, gini la rupanya.
Ada pokok sebatang, ada sawah padi, belakang sawah padi ada bukit bukau, gunung ganang.
Tinggal lagi dulu suka lukis matahari celah-celah gunung tu. Konon-konon feeling matahari terbit.
Pastu tambah sikit ada burung-burung terbang huruf m. Rajin sikit, letak orang-orang dekat sawah padi tu...
Hahaha


 Sawah bendang di Triang Hilir.


Kawasan Felda.
Sayup je mata memandang...

Macam biasa perjalanan menuju Kuala Kelawang singgah-singgah tepi jalan membeli air kelapa, singgah lagi beli buah, singgah lagi beli lemang...

Lama-lama, kereta dah padat. Pokok kemboja pun dah tersepit. Habis kuning-kuning daun dia kena panas matahari...
Enam hari dia mengikut kami kehulu ke hilir masuk hotel keluar hotel. Survive jugak dia.

Kami masuk highway Lekas. Memang taknak singgah-singgah dah.
Memang nak balik je dah ni...
Tapi apakan daya...


Tayar kereta kami melotop pulak...
Turun kereta, ketawa dulu. Nasib baik kau meletup kat sini kereta... Kalau kat Gua Musang... Naya kami nak carik kedai tayar...

Terima kasih abang peronda kerana membantu...


Dan akhirnya, sampailah kami kat rumah dengan hati yang lega. Terima kasih tayar spare yang baik-baik saja.

Dengan ini berakhirlah year end trip 2016 kami.
Alhamdullah, semuanya berjalan lancar dan ok. Semua happy tak banyak kerenah.
Sampai dapat la 2 saman parking majlis perbandaran. Total saman RM30 je...
Satu kat Ipoh, satu kat Gua Musang.
Hahaha tapi belum bayar lagi ni. Asyik lupa je.

Kadang-kadang bukan nak bercuti mewah-mewah pun, cukup dengan duduk ramai-ramai dalam ruang yang sempit, berborak apa saja isu, share cerita dengan anak-anak, tidur ramai-ramai berhimpit...
Itulah yang paling best. Hehehe

Eh, itu kami, orang lain, lain pulak seleranya kan.
ok lah.
Assalamualaikum...



Wednesday, March 29, 2017

Kerana Kau Aku Menulis...

Assalamualaikum...

Ada orang tak?

Assalamualaikummmmmm...

Hahahaha
Dah lama tak menulis di sini kan...

Syukur Alhamdulillah, masih di panjangkan umur, dapat menghirup udara segar... masih punya kawan-kawan...

Cakap pasal kawan, ni nak cerita ni, serius betul.
Tak sangka my friend sorang ni, still ingat, still sayang, still di bayangi kenangan-kenangan bersama dulu. Serius, memang terharu. Nangis I baca blog dia. Ya, dia ada blog jugak. Kadang-kadang malas nak intai facebook dia, takde ape nak cakap dengan dia melalui telepon pun, tapi memang selalu intai blog dia.

Kadang kita bukan ape, kalau tengok dia update status facebook dia, kalau tengok blog dia berupdate, kita tau, she is still alive.
Still boleh menulis, menaip, maknanya, dia ok, dia sihat.

Ya Allah.
Berilah kesihatan yang baik buat dia, berilah kebahagiaan untuk dia di dunia dan di akhirat.

Syukur Ya Allah. Dikurniakan sahabat seperti dia.

Kalau nak di ceritakan, betapa la kagum dengan hidup dia. Dia jatuh, dan dia bangun. Sendiri. Jatuh lagi dan dia bangun kembali.

Betul la Allah tu bagi ujian setimpal dengan orangnya. Dan dia memang tabah.

Kagum!

Eh, tapi kami kenal tak lama pun, form 4 sampai form 5 je. Tapi sebab makan tido kat rumah dia kan, rasa macam lama pulak...

Hahahaha tapi kalau ingat -ingat balik kenangan dulu, betapa tak matured nye lah dulu-dulu. Rasa nak lempang diri sendiri.
Hahahaha

Siti,
Terima kasih sebab ingat aku.
Terima kasih sebab paham aku.
Terima kasih sebab terima aku seadanya aku...

Siti,
Maafkan aku sebab blur waktu kau bagitau anak nombor dua kau meninggal.
Maafkan aku sebab aku tak tenangkan kau di waktu aku tau kau sedih waktu tu.
Maafkan aku sebab aku memang tak pandai.

Siti,
Aku happy kita sama-sama nak ambik kursus kahwin.
Aku happy kita sama-sama nak kahwin.
Aku happy kita sama-sama pregnant. 2006.
Aku happy bila kita sama-sama beli rumah. Aku Sepang Kau PD.
Tapi...
Aku terkejut bila kau bercerai.
Aku geram dengan lelaki itu.
Aku emosi dengan lelaki berprofession begitu.
Dan aku kagum kau kuat dan happy kembali.

Siti,
Aku sedih kau tukar tempat kerja.
Aku sedih kau tinggalkan Sepang.
Aku sedih sebab aku rasa aku takde kawan. Ya, walaupun kita jarang jumpa, at least aku rasa yang aku still ada kawan sekampung sesekolah kat area Sepang.
Tapi...
Dalam masa yang sama aku happy kau berkahwin semula dan mulakan hidup baru.

Siti,
Bila aku dengar kau jatuh sakit, hati aku bagai di carik.
Memang aku tak tau nak contact kau.
Nak contact mak or kakak kau memang aku tak tau, so memang aku carik dia la kan... Hahaha
Syukur kau sihat semula.
Kau memang gigih. Kau memang superpower.
Aku kagum.

Siti,
Bila abah aku meninggal, memang cerita kau yang pertama aku ingat.
Sebab bapak kita meninggal bukan macam dalam movie,
"Di harap puan bersabarnya, bapa puan boleh hidup dalam masa sebulan, Puan kena bersedia dan redha..."
Bukan ye, bukan.
Macamana kau kata kau rasa nak melompat dari dalam kereta makcik kau tu, kalau tak salah la makcik, hahaha... Macam tu la aku rasa... Memang itu lah... Baru aku paham apa yang kau rasa...

Siti,
Aku ada gambar kau kat tangga. Hahahaa
Dulu-dulu kan zaman tudung ikan reben kat dagu kan, aku ada gambar kita yang itu... Hahaha... Tapi ramai-ramai la...
Aku kalau tengok tergelak sorang-sorang tau... Apa la fesyen kita dulu kan...

Siti,
Aku sayang kau jugak.
Aku happy dengan hidup kau sekarang.
Aku terharu kau buat satu entri khas untuk aku dalam blog kau.
Memang aku nangis sambil baca. kau jahat tau... hahaha

Siti,
Terima kasih untuk segalanya...

Assalamualaikum...

~~Hahaha... ok boleh sambung buat keja lain semua...
Cerita pasal kawan dah habis, cukup setakat ini. Jumpa lagi di lain siaran... Babai...