Tuesday, April 26, 2016

Cuti ambik angin...

Sekarang kan musim panas kan...
Duduk dalam rumah pun berpeluh-peluh.
Mandi pagi pun dah tak menggigil dah... Macamana lah air kat tangki pun boleh jadi suam...
Fuhhh...

So, last punya last weekend hari tu, our friend yang sama-sama pergi Medan dulu, ajak lepak Cameron Highland.
Hihihi
Dua hari satu malam je..

Jadiknya, pagi Sabtu tu, siap clearkan laundry semua, dalam pukul 10 pagi macam tu kami keluar rumah...



Terjumpa lori perhilitan ni kat highway.
Lori ni bawak gajah 2 ekor.
Mana lah dia nak bawak gajah ni agaknya... Ke zoo kah?

Kami sampai dalam pukul 2.30 petang.
Makan-makan, jalan-jalan ke pasar.
Itu je, tak buat ape pun... Hehehe
Konon-konon nak sejuk-sejuk sangatkan... Ha, ambik, kat sana dua hari, dua-dua hari tu hujan sepanjang hari. Hehehe


Kabus... Sejuk. Hujan gerimis...


Dalam sejuk-sejuk, kami dinner steambot panaskan badan...

Alhamdulillah... Anak-anak semua ok. takde buat perangai ke ape...
Suruh makan, makan, suruh duduk, dia duduk...


Makcik kenit hantu buah. Ngap ngap ngap makan buah je kerjanya...
Susah nak tengok dia makan sebenarnya...


Kabus tebal jugak la...


Suka tengok pick-up truck ni..
Dia punya laju tu... pakkal la tempat diorang kan...

Sebenarnya, hari Ahad tu jalan jem.
Jadiknya, seharian lepas check-out tu, kami tak singgah mana-mana kecuali makan dan beli sayur.
Rancang nak balik ikut Tapah, kami tukar haluan balik ikut Simpang Pulai...
Sebabnya orang ramai, kereta beratur panjang, nak U-turn pun tak kuasa dah...

"Tau la KL panas, semua orang datang Cameron ke carik tempat sejuk..."
Kata kawan kami, Atikah...

Betul jugak kot... Takkan kami-kami je nak sejuk, orang lain pun ntah-ntah macam kami jugak... Hihihi


Hehehe ok lah. Sekian saja laporan dari kami, di suhu 34 darjah celcius...
Buhbai...