Thursday, March 24, 2016

Grind Shack, Melaka

Hello everybody...

Hihihi... Nak share cerita makan-makan ni...

Nama kedai dia Grind Shack.
Berkesempatan kami dan family dari kampung di Johol, pergi dinner kat Melaka. Gigih ni... Hahaha...

Dari kampung lepas maghrib, sampai Melaka dalam pukul 9.30 malam macam tu...

Kedai dia area AEON Bandaraya Melaka.
Ada lot kedai kat situ, Grind Shack ni tingkat atas.. Kena naik tangga..

Tapi jangan tak tau, malam minggu masa tu, Grind Shack ni full house.
Kami tak dapat seat pun... Kena tunggu kejap...

Sebenarnya, Grind Shack ni berkonsepkan sejenis coffee shop rasanya...
Menu-menu dia pun, kebanyakannya western food.




















Baru dapat seat. Table belakang semua penuh.

























Starter sampai dulu... Budak-budak dah terkam dulu...

























Thaqif penat main siang tu, so dalam kereta dia tidur...
Engine belum panas, dia tunggu makanan dia sampai..

























Bedal dulu adik dia punya...
Suka tengok Thaqif makan, berselera je dia ni tau..

























Pastu mulut potpetpotpet tak berenti...




















Emak mertua... Dia order chicken chop. Tapi last-last orang sebelah yang makan. Dia makan jagung je...

Yelah, kadang-kadang orang tua ni bukan nak makan sangat... Seronok tengok anak beranak makan ramai-ramai je...




















Ni ayah yang order. Tak ingat ape, tapi binatang dia lembu rasanya... Eh, ke kambing... Entahlah lupalah... Hahaha





Aiman nak ice cream malam-malam.. Last-last tak habis pun. Makcik dia kena habiskan...


"Hai... Manalah makanan Thaqif ni..."


"Lamanya Thaqif punya ni.."


"Orang lain semua dah makan ni. Nampak sedap je..."


Makanan semua sedap, black paper sauce dengan mushroom sauce dia pun sedap.
My emak mertua dan adik ipar duai pun kata sedap. Malam tu order 3 jenis binatang, ayam kambing lembu... dan tiga-tiga tu sedap, tak liat...

Akan tetapi, ternyata memang Thaqif punya makanan paling last sampai...
Dia pun dah kenyang makan share dengan mak dia...

Dia order meatball...
Meatball yang sampai tu tak berapa sedap. Terlebih goreng agaknya, meatball dia dry sangat. Size pun kecil-kecil, kecut pulak meatballnya...
Dia pun dah kenyang, makan pun tak habis...

Tapi so far, menu-menu lain semua sedap-sedap...

Boleh la kalau nak datang lagi next next next time...
Hihihi...

Try la, kalau rajin ke Melaka...


Klik je Grind Shack punya facebook, ada alamat dia situ siap ada direction sekali.

Ok, selamat mencuba.

Tuesday, March 22, 2016

Thaqif dan pra sekolah

Cikgu prasekolah Thaqif ada buat group whatsapp ibubapa dan guru.

Tapi cikgu dia sporting... Rajin update hal-hal sekolah...

Kadang-kadang tengok gelagat diorang kelakar pulak...


Students tengah makan nasik lemak. Cikgu kata semua boleh makan sambal.


Lori Milo datang sekolah. So, semua student dapat secawan Milo.


Time ni dengar taklimat macamana nak gosok gigi dengan yang betul... 
Thaqif kena duduk depan sekali...


Kawan dia buat demo, dia pulak tersengeh kat situ...

"Apesal Thaqif tersengeh je tu..."
"Ye lah. Kawan Thaqif gosok gigi palsu tu, Thaqif buat la macam ni... Ambik jari haaa gosok la macam kawan Thaqif tu..."
"Ibu dah agak dah... Mesti Thaqif buat punya... Eeeiii" Sambil buat muka konon geli dengan jari dia tu..
Dia tak heran pun... Selamba dia je...


Dapat berus gigi kat sekolah... 
Kena pantau dengan nurse...

Kelakar je dia ni tau...
Baru 2 hari sekolah cikgu kata, "Dia ni nampak je kecik, tapi lincah.."
Dia sengeh je...

Ada satu hari tu dia kena marah kat sekolah, balik tak mengadu pun... Takut...
Kalau cikgu tak bagitau, memang senyap je la.
Memang sampai sudah la kitorang tak tau...

Sejak dia duduk pra ni, memang ok la sangat...
Happy je...
Cikgu pun bagus-bagus...

Alhamdulillah sangat...