Sunday, December 13, 2015

Makan best murah-murah di Perlis Indera Kayangan...

Last 2 weeks, kami ke Perlis atas jemputan kenduri kahwin keluarga abang ipar kami.
Kami pergi satu kereta sahaja... 


Aiman Thaqif tak ikut. Diorang lepak rumah atuk dorang seminggu... 
Amani sorang, so dia la si baby tua manja kededek...

Haha


Ramai orang kata Laksa Kak Su kat Kuala Perlis tu sedap...
Rupanya memang betul. Memang sedap.
Cuma RM4.30 untuk laksa special. Special sebab telur rebus dia sebijik.


Punya la sedap, sampai makan 2 pinggan... Hihi

Bersebelahan dengan Laksa Kak Su, ada kedai jual cucur ketam, cucur udang...


Ini la rupa kedai dia dari depan.

Cucur ketam dia sedap. Sapa suka makan kudap-kudap, crunchy-crunchy... Boleh la try cucur ketam dia. Ketam yang di goreng bersalut tepung yang rangup, cicah demgan sambal cili.
Murah jugak. Kami ambik 2 ekor ketam goreng, cuma RM 5 sahaja..

Ada jugak jual pasembor. Tapi kami tak makan pun. 


Ketam dia fresh. Orang hantar ketam naik motor ni la. Dalam box tu la ketam dia... 
Eh, nampak tak kedai ada 2 bendera tu... Ha, tu la kedai Laksa Kak Su nya...


Nelayan Kuala Perlis...


View terbaik sepanjang perjalanan dari Kuala Perlis menuju ke Kangar.


Kami jugak jumpa kuih ni. Namanya pulut sambal. Sedap. 


Capati Beseri. 
Setiap kali ke Perlis memang capati ni wajib. Dia punya capati tu sendiri yang memang sedap... Makan macam tu je pun dah sedap dah.

Kedai capati ni betul-betul dekat dengan simpang 4 traffic light Beseri..
Capati Corner namanya....
Tapi kami panggil capati Beseri...



Kami singgah jugak kat Empangan Timah Tasuh. Tempat ni memang best. Fav.

Bersantai-santai di restoran sambil menikmati pemandangan dari empangan ni memang syok. Jangan tak tau, harga setiap hidangan dia amat berpatutan. 
Kalau biasa kita minum ice blended harga RM 10 ++ kan... Kalau kat Timah Tasuh cuma RM 6 sahaja..
Yang lain-lain tu macam tu la jugak...

Kami jugak dapat merasa nasi kuning.
Tapi takde pulak gambar dia. Nasi kuning ni macam nasi lemak la, di makan waktu pagi. Nasi kuning ni di hidangkan dengan lauk ikan atau ayam..

Hahaha tapi yang menghairankan nasi dia sebenarnya tak color kuning pun..

Makan makanan di sana murah-murah berbanding dengan tempat tinggal kami. Ada sekali tu, lunch untuk 3 orang cuma RM 16.60..
Ha, murah tak?

Syok sebenarnya Perlis ni... 
Boleh la melawat Muzium... Kilang simen di Chuping, feri di jeti Kuala Perlis, shopping di Padang Besar, meronda-ronda di Pekan Kaki Bukit, di Wang Kelian... 
Tapi Empangan Timah Tasuh memang terbaikkk

Hahaha k lah... Takde ape nak cerita dah.. Babai...




Friday, December 11, 2015

11.12.2015 ~ Hari ini dalam sejarah...


Dia ni la... Yang kalau saya nak makan apa-apa, dia sanggup carik sampai dapat...

Dia ni la... Yang sanggup lap muntah saya, dari tingkat bawah sampai ke tangga membawa ke tingkat atas, kalau time saya pregnant...

Dia ni la... Yang selalu jadik tukang urut kalau perut saya kembung masuk angin...

Dia ni la... Yang sanggup jadik driver saya ke mana-mana saya nak pergi... Tanpa merungut...

Dia ni la... Yang selalu susah hati kalau saya tak ada selera makan...

Dia ni la... Yang selalu... Dah tido, saya kata ada nyamuk dalam bilik, dia bangun bukak lampu, carik nyamuk tu sampai dapat...

Dia ni la... Yang selalu buat saya ketawa...

Dia ni la... Yang selalu... Kalau saya sedih, nampak muka dia je atau dengar suara dia je... Terus saya menangis... Tempat saya luahkan perasaan...

Dia ni la... Yang selalu jadik penyelamat kalau saya buat masalah...

Dia ni la... Yang paham, yang sabar dengan kerenah saya...

Dia ni la... Orangnya...

Sempena 11.12.2015 ni, genap la 10 tahun keluarga kecik kita...

Happy anniversary, Special....





Friday, December 4, 2015

Happiness

Alhamdulillah...
Bersyukur Allah masih beri peluang bernafas, merasai nikmat dunia... 

Bahagia betul rasanya...

Bukan susah nak bahagia sebenarnya... Ada orang dengan shopping, dapat barang yang diidam-idamkan rasa happy... 
Ada orang dengan travel mengelilingi dunia, dia jumpa kebahagiaan dia...
Ada orang, tak kisah lah ape masalah yang mendatang, asalkan dapat tengok ahli keluarga happy, itu pun dah cukup bahagia dah...

Lain orang, lain ceritanya kan...

Kadang-kadang, bangun pagi, bukak tingkap, nampak matahari terbit pun rasa syukurnya... Rasa bahagianya...
Ya Allah... Kau bagi aku peluang hidup lagi... Syukurnya...

Kadang-kadang, tengah tengok berita, susah hati dengan keadaan sekarang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, macamanalah keadaan kita akan datang... 
Tapi bersyukur jugak, masih ada kerja tetap, cukup bulan dapat gaji, anak-anak, suami, mak bapak sihat... Cukup makan pakai. Ada rumah tempat berlindung... Apalah sangat yang nak disungutkan...
Itu semua rezeki Allah dah bagi..

Kita bernafas, kita bukak mata tengok pemandangan muka bumi ini pun rezeki...
Dapat berjalan, tangan buat kerja office pun rezeki... Kan..

Macam hari Jumaat bila ntah... Minggu-minggu lepas la, lunch hour dia kan panjang. Sempat pergi makan laksa sarawak kat rumah officemate ni, wife dia masak.. Ya Allah.. Sedapnya... Bahagia betul rasa...


First time makan laksa sarawak sesedap ni... Sluuurrppp Hirup kuah dia tu kan... Haahhh

Yang bestnya lagi, wife dia bungkuskan pulak untuk bawak balik. Fuhhh heavennya... Tak payah masak kat rumahkan hahaha..

Kadang-kadang benda simple pun boleh buat kita bahagia kan.. Dalam seminggu, dapat satu hari tak masak pun nikmat je rasa...

Hehe k lah... Apehal membebel hari ni kan...

Hari ni kita share gambar yang ada dalam iphone ni. Bestnya iphone ni, dia simpan pulak date dengan location gambar tu.
Terus terimbau kenangan...


17th February 2015. Ni depan sekolah Thaqif Amani.... Sekolah dia memang atas bukit. Memang port terbaik nak tengok sunrise... 


Ni pun sama. Depan sekolah jugak.. 29th January 2015


Ni pun masa... 2nd February 2015


Lokasi masih sama. Hahaha hari yang sama jugak...


Ni kat office. Tenghari sebelum keluar lunch. 12th June 2015


Hahaha... Ni 23rd November 2015. Tengahari jugak. Teman ayah pergi beli bateri kereta. Dia beli agak lama jugak, sempat mengendap sarang burung atas pokok...


Ni pagi tadi. 4th December 2015.. 
Haggghhhh cantiknya... Terus mood pun baik je... Hahaha

Ok lah. Nak pergi breakfast kejap lagi.
Cau...
Assalamualaikum...
Salam Jumaat...

Hahaha nampak tak mood baik ceria di situ... Haha


Tuesday, December 1, 2015

Diari Thaqif


Nota kepala : Buat pengetahuan, my atuk mertua sudah meninggal dunia pada 5 hb November 2015. Banyak cerita sedih, cerita yang lebih menyayat hati, cerita yang banyak memberi pengajaran buat kami...
Semoga roh atuk kami ditempatkan di kalangan roh-roh yang beriman. Al-Fatihah...

~~~~~~~~

Ok. Tak mau cerita sedih-sedih, kita cerita pasal Thaqif la ye...

Alhamdulillah... Thaqif dapat masuk prasekolah. Bersyukur sangat...
Happy la maknya berhari-hari... Hahaha

So, kita throwback la 2 tahun sepanjang Thaqif bersekolah di Tadika Maju Gemilang.


Ni pagi-pagi sebelum pergi sekolah. Time ni dia baru 4 tahun. Saja sekolahkan dia awal. Bagi dia berdisiplin sikit. Hihihi



Dalam kereta. Hari pertama.
Sebelum sampai sekolah bukan main lagi dia punya senyum. Manissss.

Sampai sekolah, dia punya drama tak nak sekolah tu... 
Fuhhh menduga iman betul. Sampai sekolah menangis... Sampai sekolah sakit perut. Ada tu, sampai sekolah dia kata mengantuk nak tidur kat rumah.
Kadang tu, dah hantar sampai ke pagar sekolah, dia boleh patah balik nak masuk dalam kereta.. Dah pulak main kejar-kejar keliling kereta..

Mula-mula ye la si emak ni sedih sebab anak tak mau masuk sekolah. Sayu hati. Tapi kalau dah sampai 8 bulan gaya gitu, hati mak pun dah kering dah. Sampai pagar, tak kuasa dah nak pujuk-pujuk... Hahaha



Ni rombongan sekolah ke zoo di Seri Kembangan. Cikgu dia whatsapp gambar.



Tengok dia kat sekolah ok je berkawan, boleh je pisah dengan mak bapak.. 

Seronok je tengok dia ada pengalaman naik bas pergi rombongan sekolah. Jeles je abang aiman. Hihi



Thaqif dengan kawan dia murid umur 4 tahun.



Yang pakai tudung sebelah kiri Thaqif tu Fatimah namanya. Kami selalu mengusik Thaqif tu dengan Fatimah. Kang hangin je dia. Hahaha



Time ni tengah trend dia cakap peace yo...


Gambar dari instagram. Hari tu masing-masing ada jamuan raya kat sekolah masing-masing...


Majlis penyampaian hadiah. Buat persembahan la kononnya. Dia rendah berdiri belakang. Cinonet je terselet kat situ. Hihi
Nyanyi lagu Bismillah...



Alhamdulillah. Dia dapat nombor 1. 
Dapat hadiah, dia happy la. Dia harap-harap cikgu bagi hadiah makanan. Kelakar je...
Last-last tengok dapat stationary.

Masa umur 5 tahun, Thaqif sekolah yang sama jugak. Tapi kali ni kita bagi adik dia, Amani join sekali. Hahaha
Bengang je dia. Dia kena jaga adik dia, sebab Amani membontot je..

Kalau balik sekolah, muka monyok je. 
"Kenape?"
"Tak best. Kawan Thaqif kata tak nak main dengan Thaqif, sebab Thaqif ada anak.." Hahaha kesian Thaqif. Hahaha 

Now, Amani dah ok dah. Dah kakak-kakak...
Amani dah ada kawan dia sendiri.


Sukan sekolah. Comel je masing-masing bersukan.
Cikgu memang letak dua-dua dalam rumah sukan yang sama..


Dapat nombor 3.
"Ayah, kenape Thaqif dapat piala besi buruk.."
Hahaha gangsa tu besi buruk. Suka hati dia je..

Yang kelakar, time sukan ni dia dapat luckydraw.. Hadiah basikal.
Sampai sudah basikal tu gitu je..



Majlis hari raya sekolah.
Dia dapat hadiah nombor 3, pakaian tercantik.

Balik dari sekolah, masak la dia kena usik dengan bapaknya.
"Muka macam belacan ni dapat hadiah... Belacan... Belacan..."
Sengeh je dia...



Majlis penyampaian hadiah. Alhamdulillah lagi sekali dia dapat nombor 1.



Comel je tengok dia... Hahaha

Thaqif, Thaqif...
Harap-harap Thaqif ok dengan sekolah baru nanti.

Hari tu kami saja pujuk-pujuk suruh berkhatan. Dia tetap cakap tak nak.

Cuti sekolah ni seminggu duduk rumah atuk dia.
Tiba-tiba, satu hari tu, adik ipar kami hantar video msg thru whatsapp..

"Ibu, Thaqif nak sunat hari ni."

Mau tak menggigil mak nye kan. Time tu pulak kami pergi Perlis. Memang berdebar je rasa. Terus maknya sedih. Sayu. Hahaha over kan...

Ye lah. Mana taknya.. Dua tiga hari sebelum tu dah la ramai orang share video budak berkhatan macam-macam ragam.
Ada yang berzikir, ada yang bertakbir.. Ada yang ketap gigi, ada yang menjerit... Fuhhh sedih la kan kalau-kalau dia nak berkhatan jam-jam tu jugak kan. 

Terus call adik ipar kami, bagitau jangan sunat dulu, tunggu kami balik dari perlis..

Hahaha... Hai lah Thaqif.