Wednesday, October 28, 2015

Love is in the air..

Hihihi
Kita cerita-cerita lagi la ye...
Cerita yang biasa-biasa je...

Macam biasa mesti ada gambar makanan... Hihihi


Ni namanya apple asam boi.
Sedap. Biasa mangga asam boi kan...
Ada sorang kakak tu, Kak Miah namanya, dia memang selalu rewang kat taman perumahan kami.. Haaa kami tiru resepi dia la... Sedapppp
Lagi kalau letak dalam freezer, makan sejuk-sejuk tu... Nikmattt


Bahan dia senang je... Apple hijau, grapes, asam boi dengan serbuk asam. Gaul semua, siap...

Oh lupa, apple tu potong nipis-nipis kan, rendam dulu dengan air suam letak garam.... Supaya dia tak lebam.. Biar dia crunchy-crunchy gitu...

Amani ada trend sekarang...
Kalau dia bercakap je, lepas tu bilakita main-main dengan dia, nanti dia akan kata, "ibu ni klaka la..."
Bila kita kata, "Amani la kelakar..."
Nanti dia jawap, "Ibu la lawak..."
"Amani la..."
"Ibu la klaka"
The conversation goes on and on...

Kang lepas tu dia geram, selamba dia je dia gigit je kita...
Mana la kita mak pak tak rindu dia...


Amani buat hal... 
Kami memang tengah ramai-ramai berkumpul depan tv, tengah tengok tv...
Saja memang bagi dorang buku dengan magic pen bagi dorang draw ikut suka dorang...
Sambil tengok tv, sambil borak tengok Aiman Thaqif draw gambar game minecraft dorang...
Sekejapan je tengok Amani dah comteng muka.
Kuss semangat... 

"Adik... Muka adik tak cantik dah..."
"Amani bukan hantu la mama... Amani munyet je.."
"Ya Allah.. Tengok yahhh" mengadu kat bapaknya..
"hekhekhek..."buat suara baby takut kena marah...

Hadoiiii... Sabo je lah... Pantang lepa...


Dah cantik dah.... Bapaknya sental. nasib boleh hilang...

Tapi tak lawan atuknya... Atuknya lagi cantik hensem...


I love you la abah... Susah nak suruh dia ambik gambar senyum...

Thursday, October 22, 2015

Randoms

Assalamualaikum...

Dah lama tak bersiaran di sini.. Hihi...

Alhamdulillah... Kami sekeluarga ok semuanya. 

Ibu dan Thaqif demam last week... Ibunya dah macam kain buruk melepek kat rumah, tidur dan rehat-rehat je yang paling best. Rumah bersepah pun lantak la situ... Malas nak kemas. Hahaha

Thaqif pun sama. Dia yang demam dulu asalnya... Dia kalau demam siap tidur meracau racau gitu... Tu tanda demam dia panas betul la tu... 
Tak sekolah, cuti duduk rumah jaga ibu. Hahaha
Terbalik kod namanya... Hahaha 

Minggu ni my ibu and abah pergi Penang seminggu... Sunyi pulak rasa.. Sebab selalu tau dia ada kan... Ni tiba-tiba rasa jauh pulak...

Sebelum pergi siap call lagi bagitau dia dah bergerak pergi, rasa sedih pulak.. Hahaha
Siap pesan, ambik la terung, cili kat rumah tu... Ada pucuk manis, pokok meranti tu dah boleh petik dah...

Hihi seronok betul. Tak payah pergi pasar beli sayur..

Ok lah. Tak mau cerita panjang lah... Kita cerita apa picture yang ada dalam phone ni ye...
 

Bahagia bila adik beradik sebelah ibu datang berkunjung. Aiman sepupu sepapat kalau berjumpa, syok la dorang. Plan macam-macam, lepas tu mintak izin kat mak bapak, semua plan kena cantas. Hahaha

Seronok potluck macam ni. My kakak, mak long bawak nasik lemak dengan bubur caca...

My adik, Acik Ummu bawak chicken tortilla ke ape nama dia gitu lah... Sedap ada letak cheese...

Kami tak masak pun. Kihkihkih.. Balik keje tak sempat masak, beli buah dengan kek je... Kek tu order dengan kawan. Butterscoth kot namanya... Sedap...


Ni pulak picture family ayah. Adik-beradik ayah semua berkumpul kat rumah. Dorang layan anak buah main monopoly.

Monopoly tu baru beli, hadiah birthday Aiman hari tu..


Portluck jugak dengan adik-beradik ayah..
My adik ipar, Angah Ida pandai buat carbonara... Sedapnya.. Creamy-creamy gitu... Nyums sangat...

Ada nutget dengan wedges jugak sebagai selingan... Budak-budak suka wedges cicah cheese dengan mayonis.

Kebetulan, my ayah mertua, atuk bagi daging korban banyak, sebab dia berkorban, kami perap daging dia, balut dengan aluminium foil, masuk dalam oven... Buat jugak mashed potato untuk budak-budak...

Ni idea kalau dapat daging korban banyak... Kalau hari-hari memasak, kadang-kadang ada masa sampai tak tau nak masak apa kan...


Boleh buat karipap inti daging...


Inti kentang dengan daging. Tang buat inti boleh. Part buat kulit karipap siap kelim, kita suruh ayah. Diorang adik beradik semua terror buat karipap. Kelim cantik, kemas... Baik lelaki ataupun perempuan. Semua boleh. Malu i... Hihihi


Daging korban siap ada hati limpa jantung... Kita rendangkan semua.. Hahaha 


Buat sup tulang jugak. Cicah sambal kicap.
Tapi sambal kicap terover pedas sampai tak enjoy nak makan. Hahaha
Habis tu dah srot sret srot sret semua meleleh, camno nak enjoy kan...
Ni sebab cili padi tu jenis yang pedas berapi tu... Hahaha tukang masak salahkan cili padi pulak.. 


Buat mee bandung, letak tulang daging korban jugak. Slurrrpppp sedap hirup kuah dia..

Buat jugak daging masak kurma. Tapi tak ambik gambar pulak, lupa...

Tapi tu la kan... Kadang-kadang masak ni bukan semuanya jadik sedap tip top pun.. Hari tu masak sambal daging. Siap google resepi. Balik kerja terus ke dapur ni keluarkan daging dari freezer. Last-last hasil tak memberangsangkan... Terus frust. Hahaha

Eh, k lah. Chow dulu lah. Nanti ada cerita lagi kita share lagi..

Selamat memasak..