Monday, September 28, 2015

My atok mertua

Kami cuti 4 hari sempena hari raya aidiladha hari tu.. Dari hari Khamis santak ke hari Ahad.


Malam mantai kata orang Negeri Sembilan... Adik-beradik datang.. Ibu abah pun ada, so agak meriah jugak lah ramai-ramai kat rumah...

Tak masak ape pun. Masak nasik himpit untuk budak-budak, rendang daging, sup tulang rusuk lembu, pastu beli lemang 4 batang... Alhamdulillah.. Jadik lah buat makan-makan malam raya...

Yang kelakarnya, pagi raya dah tak ada benda nak makan, sebab semua dah abis malam tu, pagi-pagi masak nasi. 
Masak nasi guna beras basmathi, masak terlebih air, terlembik la jadinya. Hahaha

Eh, tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal hari raya. Nak cerita pasal pengalaman kami menjaga atok kami selama cuti 4 hari tu...


Ni gambar lama masa atok masih sihat. Boleh berjalan. Boleh main dengan cicit.. Ni tahun lepas, bulan 9 jugak, time birthday Aiman.

Tahun ni, bulan 9 jugak, kami berpeluang jaga beliau walaupun sekejap.


Amani ajak atok moyangnya main belon. Pasrah je beliau kena buli.

Thaqif ajar beliau main ipad.. Elok maknya mengendap nak ambik gambar, elok pulak dua-dua segan terus senyap. Hahaha

Alhamdulillah. Beliau tak banyak kerenah, suruh makan, makan....
Kelakar jugak bila dia panggil Hawa jadi Ani pulak... Hahaha Hani pun Hani lah. Hantam je lah...

"Kau tak makan ke Ni?" Beliau tanya.

"Tu Sharil, bagi Ani.."

"Atok ingat sape tadi... Kau rupanya Ani..." Beliau sapa bila tetiba beliau terkejut....

Ingatkan ape, rupanya panggil nama lain.
Beliau ingat Amani kot... Hahaha

Eh, tapi serius tau, tak tipu. Makcik-makcik belah suami memang ada dua tiga orang panggil Ani. Confuse betul.

Yang sorang tu panggil Ani sebab dia ingat nama Mazni... 
Hei... Mazni nak mak mertua i ok... Ape hal pulak kan... 
Dah betulkan, esok- esok jumpa Ani jugak. Ah lantak situ...

Yang sorang tu, "Nama isteri Chalil ni siapa ye?"
"Hawa, Mak Lang.."
Tapi tetap, esok-esok tetap panggil Hani jugak. Hahaha

Pelik betul...kihkihkih ni atok ni pulak... Hadoiii


Atok layan Youtube. Hihihi pengaruh Amani. Bukan tengok ape pun. Tengok video lagu budak-budak gitu lah... 

Kadang-kadang Aiman main game sebelah beliau, kang sedar-sedar beliau dah tertidur.

Beliau pun takde nak buat apa, makan ubat pulak tu, memang mengantuk je la..

Beliau boleh berjalan sikit-sikit... Alhamdulillah ada jugak excercise nya kan...

Kalau bab makan pun, tak pernah komplen... Berapa kita letak kat pinggan tu, beliau try jugak habiskan... Haahaha 


Ni time beliau nak balik. Makan nasik goreng sebelum bagi makan ubat..
Kejap-kejap kang dia tengok jam... Hahaha tak sabar bila nak balik kampung.

Yelah, orang tua kan... Senang-senang duduk kat rumah orang even cucu sendiri pun,  tetap rumah dia jugak tempat yang paling dia selesa. Tempat yang paling dia bebas..

Dengan umur beliau 82 tahun, tahun ni, Alhamdulillah beliau masih sihat masih ingat cucu beliau... Apa lagi yang nak di harapkan. Peluang menjaga beliau yang tak banyak kerenah sepanjang di rumah kami betul-betul memberikan kenangan terindah buat kami berdua.

At least memberi sedikit kenangan buat cicit-cicit beliau juga..

P/s : My Mak mertua kata, atok masuk dalam kereta je terus cerita dia kat rumah abang, we... Bukan main dia puji abang. Sakit hati mak... Hahaha

Hahaha Alhamdulillah.. 

Thursday, September 17, 2015

Makan

Hari ni godek-godek handphone, tengok banyak betul gambar-gambar lama...

Tu yang berat je tu. Sekali time on camera, tak boleh sebab memory full...

Dah delete gambar yang rasa tak penting 2 3 keping kang, on camera balik, memory full lagi...
Fuhhh stress je...

Jadiknya, lambakkan gambar kat sini... At least esok-esok terdelete ke dapat gak carik balik...

Tapi takde gambar ape pun... Balik-balik gambar orang makan...
Hahaha eh tapi i memang suka tengok orang makan...


Thaqif makan ice cream. Mat comot...


Thaqif lagi. Dia memang ada style dia kalau bab makan ni. Dia baru balik mengaji. Lapo..


Thaqif lagi. Macaroni and cheese. Ambik budak-budak ni dari sekolah terus belanja dorang makan. Mak pak baru dapat gaji kot. Entah. Lupa.


Thaqif jugak. Makan sandwich telur waktu sarapan pagi...


Hehehe mee bandung muar. 
Dating berdua, budak-budak tidur dalam kereta. Sedap. Tapi pedas. Cuaca panas pulak time tu. Berpeluh-peluh... 


Amani makan macaroni jugak. Minah ni tak reti duduk diam...


Hah tu dia. Kaki naik atas...


Amani dengan buah pulasan. 


Budak-budak minum air manis. 


Ni gambar bila ntah. Tak ingat... Tapi Amani suka makan taugeh kacang besar tu.

Last sekali, kita tepek la sini gambar Amani budak bertuah ni.


Dia punya makan kuih raya, dia togak je balang masuk mulut dia... Punya la malas..


Tuesday, September 1, 2015

My emak mertua

Assalamualaikum semua...

Hehehe 

Alhamdulillah... My emak mertua dah selamat berpindah balik kampung dekat Johol, Negeri Sembilan. Beliau menjaga my atuk mertua, so tu yang duduk tinggal dekat rumah pusaka kat kampung nun...

Baru sehari beliau duduk kat kampung, dah mula rasa bahang rindu dekat beliau... 
Nak-nak pulak, bila kami ramai-ramai berkumpul, lepas tu tinggalkan beliau sorang-sorang dengan atuk, memang rasa sedih gila...

Sebelum ni pun bukan la tiap-tiap minggu jenguk pun, tapi at least kita tau beliau 'ada'... Beliau tu 'dekat'...
Ni bila dah jauh ni, rasa macam kita tinggalkan beliau sorang-sorang pulak...

Kalau dulu, emak la harapan tolong jaga-jagakan cucu... Emak la chef kalau nak makan sedap-sedap...
Alhamdulillah... Emak memang emak mertua yang best yang memang sporting... Emak memang orang yang mudah mesra...
Beliau memang di kelilingi dengan kawan-kawan, dengan anak-anak... 
Ni bila kat kampung ni rasa macam jauhhh pulak...
Padahal sejam je perjalanan...

Takut beliau boring..
Takut kalau beliau tak boleh tido sebab tak biasa duduk rumah kampung yang luas...
Takut jugak beliau sunyi... Yelah, line telepon pun sendu je... Internet memang out la.. Hehehe

Tapi ada bestnya jugak...
Dapat la kami merasa balik kampung...
Syok je cuti balik kampung, sunyi, takde la leka dengan game je... Hahaha

Semalam bila kami nak balik, salam-salam semua, sayu je hati...
"Mak, pape hal telepon tau..." My biras kata....
"Mak, jaga diri elok-elok..." Bila sampai turn kami bersalam...

Dapat kat anak-anak beliau....

"Alamak... Touching la... Tak payah salam-salam la..." 
"Mak, jangan nangis tau..." 
"Mak, nak ikut kitorang balik tak? Hahaha"
"Mak, nanti kitorang whatsapp gambar seram-seram, pastu mak bukak, mak terkejut..."

Ada je nak menyakat dorang ni tau...


Dan, waktu nak balik tu menangis la beliau...