Thursday, April 23, 2015

3 pagi

Pudu raya jam 3 pagi.

























Ini lah view yang kami pandang. Lengang. Gelap kan...

Cerita dia macam ni.
Kami, kami means lebih dari sorang la kan, nak penuhkan cuti Chinese New Year, plan ke Hatyai, Thailand dengan bas dari Puduraya KL ke Hatyai. Tapi takde tiket, so beli tiket dari Puduraya ke Kangar, Perlis.

Tiket bas jam 11.30 malam, naik bas kejora. Seat VIP. Tiket tu kata.

Jam 10.20 dah sampai Puduraya, tunggu sampai 11.30 malam tapi bas tak kunjung tiba.

Turun platform bawah, tengok-tengok rupa-rupanya memang ramai yang belum dapat bas. Ada nak pergi Jitra, Kulim, Butterworth, Alor Setar, Kuala perlis...
Platform kami semua nak ke utara lah senang cerita...
Platform 14.

Berlonggok la kami ramai-ramai menunggu bas.

Dalam pada tu, berbual la dengan seorang minah ni. Minah lah panggil ye... hehehe

Dia cerita, dia dah berkahwin, tinggal di Shah Alam dengan parents dia, husband dia kat Langkawi, penyelia TNB. Minah ni pun TNB jugak tapi kat KL. Husband dia tak boleh tukar KL dan dia pun tak dapat tukar Langkawi even dorang 1 company. Dia kata, the best part, TNB banyak bagi benefit pada staff dan salah seorang dari dorang takkan nak berhenti kerja pulak.

Dia nak pergi Langkawi jumpa husband dia, naik bas turun Kuala Perlis. Kami sepatutnya 1 bas.
Dia ada baby 6 bulan, parents dia jaga. Nasib dia tak bawak, kalau tak haru la bas takde.

Berbual dengan dia seronok.
"Saya dah call mak saya, bagitau saya dah naik bas. Saya tak nak nanti dia risau. Tapi sekarang dah pukul berapa ni bas tak nampak lagi."
Lebih kurang gitu la dia bercerita.
"Jangan pulak bas memang takde, esok pagi awak muncul depan rumah mak awak..."
Dia ketawa.

Dia cerita lagi, husband dia pun tak tidur lagi. Susah hati. Lepas ni serik dia nak balik naik bas.

Berbual dengan dia,  terfikir,, betapa bersyukurnya dengan keadaan  sekarang. Anak-anak husband ada sebelah, office dekat dengan rumah, gaji ok, mak bapak dekat, tak de ape yang perlu dirisaukan.

Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Ops, lupa nak cerita, tau kitorang dapat naik bas jam berapa?
Pukul 6 pagi hokey...

Hazab betul tunggu macam belatuk sekitar Pudu. Pentipu punya syarikat bas.
Kami kena naik bas sekolah tau. Haii sabo je lah...

Sebelum ending, belanja lah gambar Hatyai sekeping.




















Ok lah. Chow.