Saturday, January 17, 2015

Pulau Mabul Dalam Kenangan...

Ahh!!! Rindunya.....

Hari tu berblogwalking, terbaca pasal Pulau Mabul...
Terus teringat kenangan lalu... Chewah... Hehehe

Lepas tu mengadu...
Yah... sedapnye makan ketam yah... wet butter crab yah... Nyum nyum nyum... hisap-hisap sikit yah... perrgh... sedapnye... meleleh air liur...

Si suami pun melayankan jugak... Dibawaknya kita pergi Melaka, makan ikan bakar, pakej dengan ketam sekali... Tapi resto tu tak pandai pulak nak masak wet butter... Terus frust... hahaha

Tak pernah orang order, dia pun tak pandai masak, kata orang kat resto tu...
Kami order ketam sambal je lah... Sekali sampai, ketam dia pedas melangit pulak... Hurm... Bukan selera kami mungkin...

Alang-alang ada mood nak menulis ni, sekali harung la kita cerita pasal kami ke Pulau Mabul bulan Mei tahun lepas...Yelah, sebelum hilang dari ingatan... kang rindu-rindu boleh jugak kelebet blog ni baca balik pastu senyum sorang-sorang... Hahaha

Cerita pasal experience berscuba boleh intai sini.<<<----- p="">
Ok. Ready...
entry ini mungkin akan jadik panjang berjela-jela... Ampun ye...
------------------------------------------------------------------

Kami pergi berempat. Baby Amani tinggal. Sebab masa tu dia baby belum 2 tahun, so cam tak nak la bawak dia sebab baby macam dia tu belum boleh lasak-lasak nak jalan kaki jauh-jauh dan berenang-renang di pulau yang segala kemudahan pun kurang... Nanti dia pun tak selesa, kita pun kesian tengok dia tak selesa... Tapi, Aiman dengan Thaqif, alhamdulillah ok tak banyak ragam. Dia happy, kita pun happy...

Flight kami petang masa tu... Dari KLIA2 pukul 4.30 lebih petang sampai Tawau Airport dah pukul 7 lebih. dah gelap dah...
Patutnya pukul 3 tapi kapal delay, tu yang pukul 4.30 lebih baru terbang...

Sampai sana, ambik cab, terus pergi VS Guesthouse.
Memang sangat-sangat recommended... Murah dan cantik dan bersih dan selesa dan staff yang sangat membantu... oh, dan sangat dekat dengan mana-mana kemudahan baik pasar gantung, pasar basah, bus station, taxi, surau dan masjid, dan jugak Giant shopping tu....
Pokoknya, VS Guesthouse ni betul-betul dalam town Tawau....

Tapi kami masa mula-mula sampai tu mencangak-cangak gak... Nak pergi bus station pun naik cab. Pastu kena RM10 padahal dekat gila... Kalau jalan kaki pun, tak sempat la ketiak tu nak berpeluh... Tapi sebab tak pandai kan... redho je lah... Hihihi kelakar je...

Kami kan sampai Tawau dah malam, bermalam kat VS Guesthouse tu untuk malam yang pertama...
Esok pagi-paginya, terus ke bus station ambik tiket ke Semporna...
Perjalanan ke Semporna dari Tawau lebih kurang 2 jam jugak la kalau naik bas...
Cuaca pagi tu hujan. Naik bas pastu membuta je... Hahaha

Kami macam biasa. Tak ada booking tak ada apa-apa research pun. Tapi ada baca beberapa blog untuk dapat gambaran sikit-sikit..

Sebenarnya, nak ke Pulau Mabul atau pulau-pulau lain (island hopping) tak boleh suka-suka...
Dia bukan ada feri atau bot yang sampai kat satu jeti kat Pulau Mabul tu untuk ke mana-mana chalet, tak... Setiap chalet, ada bot dia sendiri... Kalau kita dah booking siap-siap, dorang boleh jemput kita dengan bot, jam sekian-sekian...
Paham ke? paham kan... Hahaha
Dia ada bot tambang... untuk orang-orang local (pulau) yang nak ke mainland (Semporna) tapi tak pasti la dia turun kan kat jeti mana masa kat pulau nanti... Jadik tak perlu ambil risiko, kalau nak ke sana baik booking awal-awal...

Masuk ke Pulau kena bayar RM2 sebab di bawah Sabah Tourism...

Kena isi borang jugak declare berapa orang yang masuk dan sertakan nama alamat dan nombor tepon waris sekali... Yelah, kita pun maklum lah dengan kes Lahad Datu dan kes Sulu tu kan...
Eh, tapi jangan risau.. Insyaallah tak de pape yang bahaya...

Berbalik pada cerita kami...
Kami turun bas tu dengan pandangan yang kosong. Lost! Hahaha

Dari jauh nampak sayup-sayup macam laut... Ada bau-bau laut. Berjalan la kami perlahan-lahan, pergi tandas sambil tu tanya-tanya orang kat situ. Alhamdulillah, dorang sangat membantu...
Berjalan lagi, memang ada banyak tourist agent center kat sana... tapi mostly scuba diving la...
Tapi, kitorang try tanya, dan diorang memang boleh arrangekan...

Kelakar tau.
Berlari-lari kami nak kejarkan bot pukul 4 petang.
Rupa-rupanya naik bot sekali dengan sayur-sayur dan pinggan mangkuk... siap tergolek tergolek timun dengan kobis...
Tapi dalam tu adalah mat saleh 3 orang dan sorang lagi PA VVIP Negeri Sabah.

Alhamdulillah kami dapat stay kat Chalet Uncle Chang untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM900 untuk empat orang. Murah la sebab kids dia tak kira kot... Kot... Agak-agak je...
Hehehe kang korang ingat memang kids tak bayar pulak...

Kebetulan sangat, masa kami sampai, Uncle Chang jadi tuan rumah untuk Mabul World Turtle Day 2014. Ha, tu yang ada VVIP tu..





.
Ha... Tu ada nombor phone, email, camne nak contact Uncle Chang...

























Thaqif.
Ni la Chalet uncle Chang setelah gambar ni di Instragram kan. Dia memanjang. View dia memang cantik sebab lokasinya yang paling hujung. Ni separuh daripadanya lah...




















Bilik kami untuk 3 hari 2 malam... Best. Berbaloi jugak sebab bilik kami mengadap sunset. Tingkap dalam bilik pulak mengadap sunrise. Sangat puas hati.





















Salah satu gambar sunset kami.



Sunrise dari dalam bilik.

So, bila ada event ni, banyak la aktiviti-aktiviti yang tak dapat buat.

Untuk 3 hari tu, kami cuma dapat 2 kali snorkeling itu pun satu kat area Uncle Chang tu, satu lagi kat Pulau Kapalai.

Ya Allah... Cantiknya Kapalai tu... Ada satu je resort atas Kapalai tu... Dorang kata, paling murah pun RM10K. Tak de duit jangan berangan nak duduk situ. Hahaha

Bersnorkeling kat Pulau Kapalai adalah berbaloi-baloi... Harus pergi..
Kalau berscuba diving tu lain cerita la kan.. ceruk mana pun boleh pergi kan... Tapi untuk kami anak beranak ni, snorkeling ni pun dah cukup menggembirakan hati. Ikan dia cantik-cantik... Dia punya coral tu berbagai bentuk, berbagai jenis, berbagai warna.. Tak da yang sama... Betapa la nak gambarkan tu tak terkata lah... Betapa indahnya ciptaan Allah yang kat dasar laut tu kan... Tu baru tempat cetek-cetek tu, yang dalam-dalam ntah macamane lah rupa bentuk dia.

Dan memang diakui, Pulau Mabul dan sekitarnya adalah tempat terbaik bagi pencinta hidupan dasar laut. Tempat terbaik bagi penggemar scuba diving...

Kalau nak cerita pasal Pulau Mabul ni menjadi tumpuan pelancong berscuba sebab dia paling cantik lalu menyumbang ekonomi negeri Sabah kang dah merepek meraban pulak kang, tapi memang sangat la cantikkkk... Hahaha over tak?


Pulau Kapalai. Masa ni mendung sekejap... Tapi ni sebahagian dia je. Dia besar gak sebenarnya...

Pulau ni pasir je... Tapi kalau air surut kita nampak pasir putih je. Kebetulan kami sampai yang kali kedua tu air tengah surut, kena panas sampai silau la mata... Hihihi

Kami snorkeling dalam kawasan yang berjaring tu lah... Cantiknya.. Subhanallah...

Cukup hari ke tiga kat Uncle Chang, kami rasa tak puas. Rasa tak cukup nak berenang-renang di ketepian... Kami mula boring. Takkan nak balik Semporna lak kan... Jadik kami pun ambik keputusan kami checkout je dari Uncle Chang, cari chalet lain.

Kami ronda-ronda, kami survey, kami jumpa Sipadan Seahorse Scuba.

Sipadan Seahorse Scuba ni memang terbaik. Kalau bercuti jenis budget duit sendu-sendu macam kami ni, Seahorse ni memang ok. Memang recommended. Memang meletakkan customer membuat pilihan sendiri... you nak boleh, you tak nak pun boleh...

Contoh macam ni...

Kalau yang biasa, dia bagi pakej. Duduk chalet dia 2 hari 1 malam contoh... Dapat pakej tido, makan 3 kali sehari, dapat snorkeling 2 kali. Termasuk bot transfer dari pulau ke mainland pergi dan balik. Ni contoh. Kita bayar total untuk semua sekian ringgit untuk 1 pakej.

Tapi kalau Seahorse tak.
Kita boleh bayar untuk bermalam sahaja tanpa snorkling, atau bermalam pastu tambah untuk snorkeling berapa kali trip kita suka, boleh discover scuba diving, boleh island hopping kalau kita nak.
Dia tak kira pakej...
Dia kira trip.
Tapi kalau nak ber-island hopping macam ke Pulau Sibuan, Mantabuan, Bohey Dulang... ha tu semua elok booking la.
Nanti dari Semporna boleh ber-island hopping pastu last baru ke Pulau Mabul. Baru stay kat Mabul.. Baru trip kita teratur dan best...
Seahorse ni boleh arrangekan.. gitu...

Tapi kami tak tau. Jadik tak buat la itu semua.. hehehe



































View dari dalam bilik kami...





















Cun tak?

Cun kan...

Dorang ada facebook. Boleh la tengok dorang kat sana.

Saki baki hari yang ada, kami bermalam la kat Seahorse ni. Dengan Seahorse ni la kami dapat snorkeling puas-puas... Dorang punya crew sangat baik hati. Dorang hantar crew dorang training kat Phuket tau camne nak entertain customer...

Kami juga dapat ber-discovery scuba. Bukan kami. Ayah sorang je... hehehe

























Mat kelakar... Budak acam-acam hal. Baby Amani takde, so dia lah si manja tua.

"Ibu, ibu, ibu sayang adik tak...." Cakap penuh membodek.
Dan dan tu jadik adik...

























Yang kat belakang Thaqif tu hotel. Pelantar minyak yang dijadikan resort. Kreatif kan...




















Aiman hebat. Omak dia penakut.
Dia lah penyelamat omak ehhh kihkihkih

Kali ni, waktu pagi kami snorkeling kat Water Bungalow Resort, then Kapalai lagi sekali. Puasnya...
Pastu petang baru ber-discovery scuba dekat Water Bungalow I  area tu jugak...

Sebelum balik ke Semporna, ayah sempat scuba kali kedua. Dia scuba area Water Bungalow II. Mak incik, tak mau... hehehe kesian kat dia kena tambah duit lagi kan... lagi pun di buatnya I cemas panik macam yang sekali tu... ha, kan ke rugi... kihkihkih

Tapi kalau di pelawa sekarang ni, mesti jawab nak, nak, nak... hehehe

Kami jugak meronda dalam Pulau Mabul pusing-pusing. Melihat sendiri kehidupan diorang memang membuka mata kami.





















Mereka mencari rezeki dengan menjual hasil laut. Udang selipar kot namanya ni... lupa la.. Ikan, lobster pun ada..

























Rumah tok penghulu kalau tak salah. Ke anak tok penghulu. Lupa jugak. Hahaha dia ternak lobster ngan ikan-ikan kat bawah rumah dia...

Pastu ada satu family tu, sedara mara jugak, dia boleh masakkan untuk kami. Terharu sangat... Layan baik pulak tu. Tapi segan nak ambik gambar pakcik tu. Dia kata anak dia baru balik dari Selangor. So, anak dia boleh masakkan ikut selera orang Semenanjung.

Siap suruh makan kat rumah dia. Segan kami di buatnya...

Bila kami tolak, dia kata, takpe, nanti dia hantar kat chalet lepas maghrib. Tengok-tengok, betul lepas maghrib dia datang bawak lauk tu siap dalam bekas proper yang boleh tahan panas yang macam periuk kukus gitu lah... Biar tahan panas katanya...
Segan betul...





















Bajau laut.. Ape rasa agaknya kan hidup atas laut gitu...




















Rumah-rumah dorang...




















Kehidupan yang jauh beza dengan kita kan...

OK lah... tak de ape dah kot nak cerita...

Semuanya berjalan lancar, kami jumpa orang yang baik-baik, baik duduk kat Uncle Chang atau Seahorse, betul-betul buat kami rindu nak repeat balik.

Balik Semporna, kami di sambut dengan bapa kepada owner Seahorse, dia cuma bawak teksi je, dia sangat low profile. Sangat humble. Dia yang hantar kami ke Tawau dan kami bermalam di VS Guesthouse sekali lagi.

Kami berjalan ke pasar gantung dan pasar basah Tawau, jumpa dengan orang yang baik juga,,, Memborong ikan bilis, udang kering, udang geragau... siap dapat percuma ikan kering dengan sotong kering.... Alhamdulillah sangat...

Eh, tadi cerita pasal ketam kan..

Ni nak share gambar kitorang makan kat sana..




















Nyum nyum... Walaupun rupa tak cantik, tapi sedapnye... hurm sehingga menjilat jari...

Ahhh stress...
I need vacation!

Nota kaki : Sorry gambar kurang ummpphh... Hanya pakai phone saje... Tidak di edit... Terimalah seadanya ye... Hihihi