Tuesday, July 22, 2014

Gunung Sinabung dan senja nan merah



Kami dan Agus, minum petang sambil menikmati keindahan Gunung Sinabung.
Air kopi pekat dan kuih cantik menjadi hidangan kami...

Hahaha formal gile ayat...

Time kami ke Gunung Sinabung ni, memang time dia tengah aktif... Dah 6 bulan dari masa kami datang...
Melihat lava tu mengalir dengan mata sendiri, betul-betul buat kami bersyukur betapa bertuahnya duduk kat Malaysia..

Tapi masyarakat Indonesia ni, dorang dah biasa kot kan... Kita sebok sesak nafas berdebu, dorang pulak sebok kumpul debu-debu lava tu, kumpul-kumpul masuk dalam guni, jual... Jadik sumber pendapatan dorang...

Gigih betul. 

Pondok tempat minum petang tu, tempat paling hampir yang kami boleh masuk.. 5km dari kaki Gunung Sinabung itu sendiri...

Agus, jurupandu kami... Kelakar orangnya... Selalu perasan mengaku dirinya selebriti terkenal di Medan.. Dia berpengalaman membawa masuk penyelidik gunung berapi masuk ke kawasan Gunung Sinabung... Seronok dengar dia bercerita pengalaman dia berkampung kat situ 2 minggu..

Sambil minum kopi, sambil berborak. Dari jauh, memang nampak lava tu mengalir... Itupun memang rasa dah cukup ngeri dah... Boleh dengar sayup-sayup bunyi kerutup-kerutup bunyi batu...

Mamat yang memang duduk kat pondok ni, dia friendly orangnya... Dia pulak seronok nak tunjuk kat kami bila lava tu mengalir..

Dia pulak suggest kat kami bila waktu-waktu best nak memotret... Lawak... Bercerita dengan penuh semangat dorang kat kami. Betapa kabut panas tu datang dengan sekali rapppp je habis satu kampung kena... Ramai yang terkorban.


Ni bumbung rumah mamat tu berlatar belakangkan Gunung Sinabung...


Senja nan merah...


Panorama...


Asap Gunung Sinabung yang dibawa angin lalu...


Ayah dan Sinabung...


Ayah lagi... Hahaha.. Satu hati untuk Sinabung..


Nota kaki : Salam takziah dan Al-fatihah buat semua penumpang MH17 dan ahli keluarga mereka. Semoga semua urusan mereka yang terlibat di permudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik...