Wednesday, June 4, 2014

A short trip : Sekinchan


5 random things you must do if you in Sekinchan...


1. Pernah tengok movie Wawa Semput...

Cepat google d'menara bayu. Haaa kat situ la kami stay untuk 3 hari 2 malam.. Pastikan pemilihan bilik atau rumah yang bersesuaian... Hehe



2. Layan view dari menara.

Memandangkan chalet kami ni betul-betul tepi pantai, so boleh la feeling-feeling rehat hilangkan stress sambil melepaskan anak-anak main dengan bebas...


2. Layan tv, HBO, Wawa Semput secara berjemaah... Sambil berkerusi malas...

Sekinchan kan kampung.... Apa nak buat malam-malam ni kan... So, kita layan tv ramai-ramai bersantai... Nikmati masa yang ada bersama-sama...


3. Breakfast dengan suasana santai mengadap ke laut... 

Breakfast kat kampung masih murah lagi berbanding tempat tinggal kami...
Nasik lemak kat kampung sedap... Hurmmm kecur liur.. 
Sebelum breakfast, nak jogging dulu pun boleh... Ada anak jalan tepi pantai ni, memang boleh sangat nak berjogging sambil menikmati angin bayu laut yang sepoi-sepoi di pagi hari...


4. BBQ

Dah nama pun Sekinchan, rugi kalau tak beli seafood kan... Boleh berborong di Pantai Sungai Nibong, atau di Jeti Nelayan Pasir Panjang atau dalam pekan Sekinchan itu sendiri.

Harus cuba mentarang. Ada di jual di tepi-tepi jalan...

Ape lagi.. BBQ la kita...



5. Melayan sunset...

Oh. Pic ni ayah yang snap.
Ada luck, dapat panorama sunset yang awesome....


Oh lupa. Boleh jalan-jalan ke Pantai Redang, Sekinchan. Dekat je dengan chalet ni. Dalam 5 minit kot naik motor atau kereta...

Budak-budak suka so ok lah...

Boleh tengok http://dsawahomestay.blogspot.com

Begitulah adanya. Ok. Chow.