Sunday, May 25, 2014

Womans...

Memetik dari novel yang di baca hari tu...

katanye.....

"Woman change...
What you have to understand is that at different times in her life, a woman is like the world.
From thirteen to eighteen, she's like Africa ~ virgin territory.
From eighteen to thirty, she's like Asia ~ hot and exotic.
From thirty to forty-five, she's like America ~ fully explored but generous with her resources.
From forty-five to fifty-five, she's like Europe ~a bit exhausted, a bit knackered but still with many places of interest.
And from fifty--five onwards, she's like Australia ~everybody knows it's down there somewhere, but very few will make the effort to find it."

~Tony Parsons
Man and wife, 2002


Hehehehe
Setuju tak?


Tuesday, May 20, 2014

Kenangan terindah...

Hehehe

Bukan nak cerita ape pun... Kita borak-borak kosong je lah ye...

Kita kadang-kadang tak perasan, yang moment-moment yang dulu-dulu yang kita rasa punyalah hazab nak tempuh, sekarang... Bila kita teringat, kita rasa itu lah kenangan terindah kita...

Kalau dulu kita rasa kita lah orang yang paling susah, di uji Allah baru sikit, kita rasa sekarang, hari-hari berlalu, yang susah-susah tu lah benda paling best untuk di kenang. Kadang-kadang kalau teringat, senyum sorang-sorang lah...

Pastu, teringat pulak zaman dulu-dulu, yang zaman kita yang tak matang tu, zaman kita buat ntah hapa hapa tu, zaman nakal-nakal dulu, hiii rasa nak lempang diri sendiri...
Hahaha ape ke la bengong betul time tu...
Malu nak ingat balik.. Hehehe

Rasanye, kita semua sama... Kan... Betul tak?

Semalam, member-member time belajar dulu join whatsapp... 
Aduhh dorang ni boleh pulak kutuk-kutuk kita, time study dulu macamana... Hahaha terus i jadik malu... Hahaha tapi ingat-ingat balik, itulah kenangan terindah kita waktu kita study dulu...

Tadi ada kawan tanya, apasal muka rentung....

Terus teringat masa berscuba di Pulau Mabul.
Pastu mula la teringat pulak macamana first time belajar berenang kat Glenmarie Shah Alam, teringat jugak sambung belajar berenang lagi kat Marina Putrajaya...
Semuanya betul-betul 'memory'...

My friend tu tau la, macamana paniknya bila masuk dalam air... Nama nak belajar berenang, last-last dah jadik class belajar suaikan diri dalam air je. Hehehe punyalah tak pandai-pandai...

Nak bagi bersemangat ni, target, kalau pandai berenang ni bolehlah ambik lesen scuba...
Harammmm
Sampai sudah, habis session class renang dah, tak pandai-pandai jugak... Hahaha

Sampai masa, ayah kotakan janjinya. Belanja untuk discovery scuba kat Pulau Mabul. Best memang best. Dalam hati, punyalah takut... Hahaha 

Sebelum terjun laut tu, kan ada isi form declare kita sihat ke tak, ada soalan-soalan yang umum pasal scuba la apa lah, memang dah kosongkan dah kotak tang 'panik attack'... Dah tau dah yang diri kita ni panik menggelabah lah kan...
Hahaha 

Yang ayah ok je... Dia memang excited nak mencuba...
"Awak ok tak ni?"
"Okkkk" hahaha semangat jawap kannn

Time briefing ok lagi. Gelak-gelak je..
Sampai waktu dalam bot, bila nak pakai equipment tu, dah takut dah. Bagi orang lain dulu turun, awak last pun takpe...
Kihkihkih

Nak terjun tu kan kena pandang belakang kan, kita tak turun-turun, dia tolak je kita terjun... Fuhhh
Menjerit dalam hati je. Makkkkkkkk tolongggg

Lawak. Dia ajar bernafas la ape la, kita ok lagi...
Dia bawak turun ke dasar je, dah menggelabah dah. Pandang keliling cuma air dengan pasir je... Jantung ni dah macam nak tercabut... Macam confuse nak bernafas tang mana.. Mulut ke hidung ke...
Rasa macam lost, duduk dalam kawasan yang kosong... Rasa macam tak cukup udara nak bernafas... Rasa nak bukak sume equipment, bukak apa-apa segala benda yang ada kat badan...

Bila mamat diver tu, Mani, buat sign 'look at me' kita pun boleh cool down sikit... Dia buat lagi sign 'trust me'... Kita pun rasa la ok sikit... 
Pastu dia suruh train buang air dalam goggle, terus jadik takut.. Terus gelabah tak tau camna nak buat... Mula la buat apa sume tak betul... Terus rasa takut sama macam mula-mula masuk air tadi... 
Huhhhh kalau ingat-ingat balik, sekarang ni pun, time menulis ni pun rasa tak bernafas...

Terus mintak dia bawak naik atas...

Sampai kat permukaan air je... Terus bukak mask sume.. Pastu ketawa... 
"Awak jangan tinggal saya... Hahaha"
"Mana boleh saya tinggalkan kakak. Kita akan jaga nyawa kakak. Jangan takut. Trust me.."
"Hahaha saya rasa lega... Hahaha giler betul... Hahaha"
"Kakak ok tak? Kakak cuma takut sebab tak biasa je..."
"Saya ok. Fuhhhh saya rasa selamatttt hahaha"
"Ok kakak. Kalau kakak ok kita bawak kakak turun lagi sekali"
"Hah! Turun lagi? Nanti kejap lah... Hahaha"
"Tak. Saya bawak kakak jalan-jalan tengok ikan je. Macam snorkling je..."
"Haa tu tak pe. Ok."

Mamat tu pun bawak la jalan-jalan tengok ikan... 
Oh cantiknye... Kita pun leka. 
Kita pun rasa 'oh, macam snorkling je, ok ni...'
Mamat tu buat sign 'ok'...
Kita pun reply 'ok'

Dah dia tengok kita kata ok, dia bawak pegi kat tempat dasar berpasir yang mula- mula tadi. Ada ayah kat situ. Konon tak nak bagi takut, dia suruh ayah pegang tangan. 

Hahaha orang kalau dah takut, letak la sapa pun, dia peduli ape kan. Takut tetap takut. Tengok keadaan yang kosong tu memang buat kita rasa tak selesa. 

Mamat tu suruh refresh balik, buang air dalam mask, bukak regulator yang kat mulut tu then pasang balik... terus rasa macamana ntah, rasa tak tau nak bernafas dah. Rasa macam 'aku tak tau nak buat ape-ape. Ko tolong la buatkan untuk aku...' Weng tak? Hadoiii ape pun tak boleh. 
Terus buat sign 'up'
Mamat tu reply' why'
'Problem'
'What problem?'
Geleng kepala. Buat sign 'up' lagi
Mamat tu boleh buat 'no. Trust me'
Mintak mahap. 
Lepas pada tu, tak tau ape jadik tapi rasa memang tak boleh dah. Telinga mula rasa berdesing... Kaki rasa macam tak jejak dah. Picit hidung buat hilang desing tu pun, rasanya telinga dah tak mau hilang. 

Tau tangan ayah pegang cuba hint, 'awak ok' pun, still tak boleh jugak nak ok.
Dada ni rasa nak pecah. Hahaha

Leh leh tak tau lah ape jadik, benda tu macam cepat, then rasa mamat Mani tu tekat button deflate, terus kita terapung..

Dalam hati. Fuhhh aku bebas. Let it go frozen betul...
Baru perasan badan dah menggigil.
"Kakak ok tak?"
"Ok."
"Kakak jangan takut. Saya ada. Saya takkan tinggalkan kakak. Kakak sejuk ke?"
"Tak sejuk. Saya ok. Tadi saya rasa macam tak boleh bernafas. Saya rasa nak lepaskan semua. Sampai atas ni terus lega."
"Abang ok?" Dia tanya ayah..
"Ok." "Kalau dia tak nak pun tak pe lah..."
Mamat tu biar kita tenang kejap.

Lepas tu nampak Aiman ngan Thaqif dari atas bot. "Ibuuuu. Kat sini." Siap lambai-lambai tangan.

Cukup lah. Cukup sampai di sini saja.

"Kakak ok? Trust me. Saya rasa kakak sejuk ni."
"Tak sejuk lah. Tak tau lah. Tak kot" hahaha tapi badan menggigil.
"Kesian abang. Kita cuba lagi ye kakak."
"Tak mau lah. Cukup lah. Dah lah." Surrender terus. Hahaha 
"Sayang kak, dah bayar. Rugi."
Geleng kepala je. Pedulik la pasal duit. Dah daya dah rasanya... 

Nampak anak-anak, terus cakap kat Mani, nak naik bot lah. Tak mau lah. Dia pun berenang-renang bawak pegi kat bot.

Naik je bot. Terus terduduk. Lemah kaki. Peluk Thaqif. Ohhhh i still alive... Hahaha 

Dah rilex-rilex kejap, pandang la geng-geng yang sama-sama scuba tadi. 
Ek eleh, rendah je. Boleh nampak la dari atas bot tempat berkumpul nak buat refreshment tu. Saiko betul. Hehe

Huhhh tapi cukuplah. Cukup. Jantung ini masih berdebar-debar. Sampai ke saat ini rasanye, cukuplah. Tak mau lagi. Esok lusa lain cerita.

Hahaha.
Takut-takut tapi itulah kenangan paling indah. Betul.

Sorry. Tak de gambar sebagai bukti. Cukup ianya menjadi memory dalam cpu kepala.








Monday, May 5, 2014

Gunting rambut kanak-kanak...

Thaqif ni susah nak potong rambut. Rasanye, umur dia dah 4 tahun ni, baru 2 kali kot potong. Pertama masa baby dulu, botak licin, lepas tu, kali kedua tak ingat bila, tapi dia punya meraung kat kedai tu... Fuhhh... Menguji kesabaran betul.

Dan kami akhirnya, dah jumpa kedai gunting rambut yang berjaya menawan hati kanak-kanak dia tu...


Rambut dia lurus. Selalu memang mak dia gunting straight je... Janji tak tutup mata... 
Hehehe kadang-kadang nampak macam pompuan pun ada. Tapi dia bukan kesah pun dengan rambut dia.

Tapi skang dia dah berambut pendek....
Mak pak pun happy tengok...


Mula- mula sebelum kena cantas...
Muka nak senyum tapi cover macho... Hahaha mamat ni memang...

Terkejut tengok budak-budak ni pakai tie... 


Sesi membodek...


Kedai ni best. 
Dia pasang lampu kelip-kelip. Lampu pusing-pusing... Kang umpan gula-gula...
Layan budak-budak pun ok...
Yang penting mesin gunting dia bunyi slow je... Budak pun tak takut...


Ni la tukang guntingnya... Tokeh kedai... Mr. D namanya...


Yang kelakar tu, dah siap gunting, dia letak gold dust kat rambut... Wah, bukan main senyum lagi mamat nih....

Agak-agak korang ada masalah cam kitorang, nak gunting rambut pun payah, boleh lah singgah kedai ni. Mr. D hairstylist, kat Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Belakang petronas. Kedai dia barisan kedai Dzihni kedai jahit baju tu... Sebaris gak dengan Donat Cafe. Kedai mengadap perumahan.

Hehehe. Suka tengok dia layan budak-budak.

Tapi ada orang jeles...


Tapi bapak dia tak kasi...