Wednesday, April 16, 2014

Ada satu masaelah

Hurmm...
Kat opis ni...
Keboringan.

Kenapa boring?

Sebab saya sorang-sorong di sini...

Mana yang lain?

Yang lain sume lain-lain la...

Nampak macam ada masalah?

Betul. Saya memang ada masalah.

Boleh tau apa masalahnye?

Saya sakit gigi....
Terussss mood saya jatuh merudum...

Nampaknya macam dah kurus?

Hah! Betul? 
Saya memang hilang selera makan kebelakangan ni... Gigi yang sakit buat saya melihat makanan dengan sebelah mata sahaja...
Tapi betul ke saya dah kurus?

Lebih baik pergi jumpa doktor segera sebelum gigi awak menjadi lebih besar dari tubuh badan awak?

Tapi saya takutttt.
Saya tidak boleh terima kenyataan yang gigi saya akan hilang dan menjadi kecacatan kekal buat saya....
Saya belum bersedia...

Boleh saya tau gigi yang mana satu yang buat awak kesakitan?

Oh. Saya tidak tahu. Saya rasa gigi geraham bongsu saya yang comel itu tetapi saya rasa semua gigi-gigi geraham saya sakit.
Saya takut adik-beradik geraham saya semua akan turut hilang...

Nampaknya masalah awak sangat besar?

Ya. Saya rasa masalah saya telah mengubah seluruh dunia saya.

Saya rasa saya boleh bantu awak?

Betul?

Ya.

Boleh saya tau apa dia?

Awak kena keluar dari opis sekarang dan boleh balik tidur supaya gigi geraham awak berehat secukupnya. 

Oh. Itu memang saya suka. Terima kasih.

Nampaknya masalah keboringan awak bukan berpunca dari kesakitan pergigian awak. Tapi berpunca dari otak awak yang  yang sudah tidak boleh berfikir secara waras.

Ya. Saya hanya akan waras apabila berada di rumah dan tidur sepuasnya.
Terima kasih diatas nasihat awak. Boleh saya balik sekarang?