Wednesday, March 26, 2014

Hai lah anak....

Kan sekarang cuti sekolah seminggu...

Mak pak keje, balik tengahari tengok...
Wah....
Bukan main kamu ye...


Siap silang panggung tu... Senang hati....

"Game ape tu, bang?"
"Tekken 6"
"Hurmm"

Friday, March 21, 2014

Cerita kami dan sesuatu

Lemah lembut. Sungguh bersopan santun. Itu lah yang kami gambarkan ketika pertama kali kami bertemu dengan lelaki itu.

Dia bapa kepada 2 orang lelaki dan 4 perempuan. Masih ada 3 orang anak lagi yang masih bersekolah. Anak perempuannya jugak memang sangat lemah lembut. Sama macam bapanya.

~hahaha kenapa ayat pun dah jadik macam cakap Indonesia. Baku. Hahaha. Weng.

"Sila-sila duduk dulu." Dia pelawa sopan.
"Eh. Takpe-takpe..." Ayah bantah cakap melayu.
"Ngak apa. Bisa ngerokok.... Bla... Bla.... Bla...." 

Dalam sibuk-sibuk mencari novel yang berkenan, sempat pasang telinga dia berborak dengan ayah.
Memang nampak macam, eh, biar betul pakcik ni kan... 
Terjumpa pulak novel Sydney Sheldon dalam bahasa Indonesia. Hahaha rare ni. 

Permulaan di situ berterusan kami berbual. Lelaki itu menjamu kami dengan air kopi samosir.

"Minum nak. Minum minang.." Aik, pompuan dia panggil minang? Hehehe 

"Cicak itu kalau di sini lah ya, lambang kejujuran. Cicak itu berdua itu bertembung. Begitu. Dia kan jujur. Kalau biasanya kita manusia bercakap kan cicak berbunyi. Itu tanda jujur... Cicak juga tidak suka nyamuk... Dia bertembung begitu.."
Lelaki itu bercakap sambil kuncupkan jari-jari dia, kiri kanan buat gaya bertemu.
Hahaha kami angguk-angguk je tanda paham. Hahaha ada kena mengena ke jujur dengan nyamuk. Pelik. 
Cicak lagi! Kannnn
Asyik cicak je... Hahaha

"Danau Toba itu berasal, iya 700 ribu tahun dulu kurang lebih, Sumatera itu satu kepulauan terus ke Jakarta. Ke Jakarta bisa dengan mobil, speda motor ibaratnya. Samosir ini tempat yang paling tinggi di Asia ini. Terus waktu itu terjadinya letupan volcano, semua mati, cuma seorang terselamat. Cuma 6 bulan."
"Ape? 6 bulan?" Hahaha ibu pekak. Tak berapa dengar sebab lelaki itu memang cakap slow penuh sopan santun lemah gemalai. Hahaha gitu kau perumpamaan nye... Ape yang 6 bulan kannn hehehe
"Iya. 6 bulan. Dia terselamat dilindungi oleh..." Lelaki itu tunjuk tangan ke atas. Tanda kebesaran kekuasaan tuhan.
"Ooooo" entah ape yang o pun tak tau la. Hahaha
"Itulah. Samosir ini di kelilingi dengan air."

Kami berbual-bual agak lama jugak. Bercerita tentang politik, tentang sikap rakyat-rakyat Indonesia, juga tentang kita manusia yang hidup di bumi tuhan... Ternyata orangnya memang macam bapak-bapak...
Dia kata dia memang nampak kami ulang alik naik motor lalu depan kedai dia. Memang betul pun. Kami memang carik ubat selesema sebelum tu. Hehe

Bila malam semakin larut, kami mintak diri. Kami bayar harga novel. Kopi samosir tu dia belanja katanya.

Keesokan harinya, kami berbasikal untuk bersarapan di salah satu kedai halal di Samosir. Kami lalu depan kedai buku lelaki semalam. Untung-untung jumpa, ingat nak ambik gambar dia. Tengok-tengok...

Popy's Restaurant. Fish Grill.

Eh! Bukan kedai buku ke? 
Patutlah uncle tu macam tu...
Patutlah itu...
Patutlah...
 




 

Wednesday, March 12, 2014

Horas to Samosir Island

Berbual dengan seorang lelaki ketika kami di Samosir Island, Medan, Indonesia.

"Cicak itu tanda keberuntungan."
"Keberuntungan? Maksudnya?"
"Iya. Keberuntungan itu, cicak itu kan ada di mana-mana. Di rumah, di sekolah, di hospital. Di rumah baru juga ada. Jadi, di setiap rumah itu harus ada cicak. Cicak itu tanda keberuntungan."
"Oh. Beruntung... Ingatkan ape keberuntungan tu...kihkihkih"

"Kalau di sini, kaum batak emangnya ada kepercayaannya. Kalau dilihat rumahnya harus ada satu, dua, tiga, empat, lima anak tangga. Itu nombornya ganjil bukan genap...."
"Kalau ganjil nanti jatuh, itu saya tahu. Sama macam orang jawa."
"Sama juga bumbungnya, di buat dari pohon palm. Biar dingin..."
"Sejuk..."
"Iya. Sejuk. Lihat. Bumbungnya ada dua ke atas. Di depan itu ibarat bapa. Yang di belakang itu ibarat anaknya. Jadi bumbung di belakang harus lagi tinggi dari di depan. Anak harus belajar lagi tinggi dari bapaknya. Gitu...." 

Hehehe tergelak kami dia bercerita.
Oh, patutlah banyak nau sana sini semua replika cicak. Rupanya kaum batak ni ada ceritanya yang tersendiri.


Rumah orang kaum batak di Samosir Island.


Kami tak masuk pun. Hehehe macam ngeri je... Lagipun sunyi je. Hehehe

Oh lupanak cerita. Kami jumpa ni kat kedai lelaki tadi....


Buat peminum-peminum tuak.... Hehehe

Monday, March 10, 2014

Please come back MH370

Satu dunia dah tau....

Entahlah...
Macam-macam perasaan ade.

Tak pernah la lagi, dari pagi sampai petang tengok tv mengadap berita je.
Bengang je ayah tengok isteri dia...

Tapi betul.
Kita kalau tak tau takpe....
Tapi kalau kita tau macamane communication and navigation systems, macamane flight control berfungsi, macamane Air Traffic Controller yang kat Subang tu bekerja, kita tau ada back up kalau 
system failure... Procedure-procedure... Kita mula terfikir macam-macam kemusykilan...

Apatah lagi memikirkan macamane mereka di dalam aircraft MH370 itu sendiri...

Huhhh
Macam-macam perasaan ade.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama berdoa, merayu padaNya, semoga dipermudahkan segala urusan pencarian dan...

.....please come back MH370....


Tak taulah kenapa. Tapi dalam banyak-banyak gambar, rasanya gambar ni la yang betul-betul menggambarkan perasaan yang kita rasakan sekarang. Sayu betul rasanya...