Friday, October 24, 2014

Hari ini...


Hari ni baca novel ni teringat dulu-dulu zaman awal-awal 90-an...
Sapa kenal Ahadiat Akashah... Kalau sekolah dulu, suka tukar-tukar novel dengan member... Member pulak ramai yang ada kakak-kakak dorang dah besar-besar, suka baca novel gak... Memang berlumba la pinjam. Pinjam pun ada nombor. Lepas si pulan, si pulan pulak. Dapat turn lambat, lama la nak menunggu.. The best part, dorang suma baca laju.. Hari ni pinjam, esok dah boleh passing kat member lain dah..

Ada duit, beli novel sendiri... Hahaha itupun jenuh ikat perut... Hahaha lawak..

Tapi dah tua-tua ni suka baca novel thriller je. Tapi 2 3 hari ni bila baca novel remaja macam Ghostgirl ni betul mengingatkan zaman dulu baca novel Ahadiat Akashah yang tajuk dia Budak Momok ke ape... Cerita dunia hantu la kononnya... Betul-betul mengimbau kenangan...

Balik rumah pulak tengok movie Insidous Chapter 2... Hadoiiii ape ke hal asyik hantu je ni...
Kihkihkih

Baca novel tak pe, paling kuat tak la seram sangat, lagipun tak imagine lebih-lebihkan, tapi tengok movie mau terperanjat-terperanjat di buatnye...

K lah. Nak sambung baca novel. Hantu cinta. Boring gak cerita dia tapi dah baca kena habiskan gak... Hehehe

Thursday, August 21, 2014

Gambar raya


Kita dah masuk 22 Syawal, tapi belum terlambat rasanya nak share gambar-gambar hari raya hari tu..

Kami berhari raya di rumah sendiri, bersama ahli keluarga sebelah ibu..


Kami sambut aidilfitri sederhana je...
Biasa-biasa je...
Tapi dapat berkumpul ramai-ramai tu yang best kan...

Lepas makan-makan, berkemas, kami balik kampung Sekinchan...
Kami bermalam kat satu homestay ni, kat area belah-belah sawah padi..
Cantik... Tapi tak pe tu nanti kita cerita entry lain lah ye...


Homestay Villa Gemilang namanya... 


Ni hari raya ke berapa ntah. Lupa la... Hihihi
Family sebelah ayah datang beraya. 


Budak-budak main bunga api...

Seronok tengok budak-budak... Atuk cekak pinggang je... Hehehe

Tak banyak gambar pun... Hihihi
Tapi last sekali kita bubuh lah gambar amani, buah hati pengarang jantung... Sebagai penutup entry... Hehe


Dia ni kuat menyakat... Ni dia nak takutkan kita dengan muka  hantu dia...
Sikit tak seram..

"Amani ok?"

Nanti dia jawap...


Ok la. Babai. Tata titi tutu...

Sunday, August 17, 2014

Weekend





Apelah yang lebih best di hari cuti, relax dan swimming pool yang boleh di gunakan dengan sesuka hati tanpa gangguan orang lain...

Jadik, kita enjoy...

Jom terjun tiruk...

P/s : Orang yang kat rumah dia takde swimming pool memang macam ni... Hikhikhik

Monday, August 11, 2014

Boring...

Hari ni boring... 
Dengar radio boring...
Baca buku boring..
Main game kat phone boring..
Membelek kuku pun boring..
Ape pun tak boleh...

😔😔😥

Last-last, sambil dengar radio kita baca buku sambil tangan main phone... Hahaha 


Dalam kereta tunggu suami...
Padahal mamat tu pegi bank atm je pun...

Nota kaki : Nampak nau entry pon boring... Hikhikhik

Wednesday, August 6, 2014

Koleksi Ramadhan kami...

Macam biasa, mak dia memang over, suka tengok budak-budak makan...

Kali ni, over ambik gambar dorang bukak puasa... Hehehe...

Minggu pertama ramadhan...

Minggu kedua ramadhan... Thaqif tak kuasa katanya... Tapi kalau berbuka, macamlah dia yang paling puasa sekali...
Hihihi

Aiman memang tak nak makan nasik. Kalau di tanya, balik-balik nak makan kentang dengan teh o... 

Hari tu masak mihun sup... Dia boleh makan tambah 9 kali.. 9 kali sukatan dia la, bukan sukatan orang dewasa ni... Hehehe lepas tu dia bangga dia makan tambah..
Kalau kuewtiaw goreng pun camtu gak.. Baru la makan nak bertambah.. Kalau tak, hurmmm macam nak bergaduh suruh makan...

Tapi...
Tetap tak boleh lawan licha ani... Orang berbuka dia mesti ada.. Nak makan sendiri.. Dia punya bersepah... Kus semangat...

Amani dengan sup ayam dia..

Nota kaki : Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
Jumpa lagi di lain entry... Insyaallah..

Tuesday, July 22, 2014

Gunung Sinabung dan senja nan merah



Kami dan Agus, minum petang sambil menikmati keindahan Gunung Sinabung.
Air kopi pekat dan kuih cantik menjadi hidangan kami...

Hahaha formal gile ayat...

Time kami ke Gunung Sinabung ni, memang time dia tengah aktif... Dah 6 bulan dari masa kami datang...
Melihat lava tu mengalir dengan mata sendiri, betul-betul buat kami bersyukur betapa bertuahnya duduk kat Malaysia..

Tapi masyarakat Indonesia ni, dorang dah biasa kot kan... Kita sebok sesak nafas berdebu, dorang pulak sebok kumpul debu-debu lava tu, kumpul-kumpul masuk dalam guni, jual... Jadik sumber pendapatan dorang...

Gigih betul. 

Pondok tempat minum petang tu, tempat paling hampir yang kami boleh masuk.. 5km dari kaki Gunung Sinabung itu sendiri...

Agus, jurupandu kami... Kelakar orangnya... Selalu perasan mengaku dirinya selebriti terkenal di Medan.. Dia berpengalaman membawa masuk penyelidik gunung berapi masuk ke kawasan Gunung Sinabung... Seronok dengar dia bercerita pengalaman dia berkampung kat situ 2 minggu..

Sambil minum kopi, sambil berborak. Dari jauh, memang nampak lava tu mengalir... Itupun memang rasa dah cukup ngeri dah... Boleh dengar sayup-sayup bunyi kerutup-kerutup bunyi batu...

Mamat yang memang duduk kat pondok ni, dia friendly orangnya... Dia pulak seronok nak tunjuk kat kami bila lava tu mengalir..

Dia pulak suggest kat kami bila waktu-waktu best nak memotret... Lawak... Bercerita dengan penuh semangat dorang kat kami. Betapa kabut panas tu datang dengan sekali rapppp je habis satu kampung kena... Ramai yang terkorban.


Ni bumbung rumah mamat tu berlatar belakangkan Gunung Sinabung...


Senja nan merah...


Panorama...


Asap Gunung Sinabung yang dibawa angin lalu...


Ayah dan Sinabung...


Ayah lagi... Hahaha.. Satu hati untuk Sinabung..


Nota kaki : Salam takziah dan Al-fatihah buat semua penumpang MH17 dan ahli keluarga mereka. Semoga semua urusan mereka yang terlibat di permudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik... 



Wednesday, June 4, 2014

A short trip : Sekinchan


5 random things you must do if you in Sekinchan...


1. Pernah tengok movie Wawa Semput...

Cepat google d'menara bayu. Haaa kat situ la kami stay untuk 3 hari 2 malam.. Pastikan pemilihan bilik atau rumah yang bersesuaian... Hehe



2. Layan view dari menara.

Memandangkan chalet kami ni betul-betul tepi pantai, so boleh la feeling-feeling rehat hilangkan stress sambil melepaskan anak-anak main dengan bebas...


2. Layan tv, HBO, Wawa Semput secara berjemaah... Sambil berkerusi malas...

Sekinchan kan kampung.... Apa nak buat malam-malam ni kan... So, kita layan tv ramai-ramai bersantai... Nikmati masa yang ada bersama-sama...


3. Breakfast dengan suasana santai mengadap ke laut... 

Breakfast kat kampung masih murah lagi berbanding tempat tinggal kami...
Nasik lemak kat kampung sedap... Hurmmm kecur liur.. 
Sebelum breakfast, nak jogging dulu pun boleh... Ada anak jalan tepi pantai ni, memang boleh sangat nak berjogging sambil menikmati angin bayu laut yang sepoi-sepoi di pagi hari...


4. BBQ

Dah nama pun Sekinchan, rugi kalau tak beli seafood kan... Boleh berborong di Pantai Sungai Nibong, atau di Jeti Nelayan Pasir Panjang atau dalam pekan Sekinchan itu sendiri.

Harus cuba mentarang. Ada di jual di tepi-tepi jalan...

Ape lagi.. BBQ la kita...



5. Melayan sunset...

Oh. Pic ni ayah yang snap.
Ada luck, dapat panorama sunset yang awesome....


Oh lupa. Boleh jalan-jalan ke Pantai Redang, Sekinchan. Dekat je dengan chalet ni. Dalam 5 minit kot naik motor atau kereta...

Budak-budak suka so ok lah...

Boleh tengok http://dsawahomestay.blogspot.com

Begitulah adanya. Ok. Chow.


Sunday, May 25, 2014

Womans...

Memetik dari novel yang di baca hari tu...

katanye.....

"Woman change...
What you have to understand is that at different times in her life, a woman is like the world.
From thirteen to eighteen, she's like Africa ~ virgin territory.
From eighteen to thirty, she's like Asia ~ hot and exotic.
From thirty to forty-five, she's like America ~ fully explored but generous with her resources.
From forty-five to fifty-five, she's like Europe ~a bit exhausted, a bit knackered but still with many places of interest.
And from fifty--five onwards, she's like Australia ~everybody knows it's down there somewhere, but very few will make the effort to find it."

~Tony Parsons
Man and wife, 2002


Hehehehe
Setuju tak?


Tuesday, May 20, 2014

Kenangan terindah...

Hehehe

Bukan nak cerita ape pun... Kita borak-borak kosong je lah ye...

Kita kadang-kadang tak perasan, yang moment-moment yang dulu-dulu yang kita rasa punyalah hazab nak tempuh, sekarang... Bila kita teringat, kita rasa itu lah kenangan terindah kita...

Kalau dulu kita rasa kita lah orang yang paling susah, di uji Allah baru sikit, kita rasa sekarang, hari-hari berlalu, yang susah-susah tu lah benda paling best untuk di kenang. Kadang-kadang kalau teringat, senyum sorang-sorang lah...

Pastu, teringat pulak zaman dulu-dulu, yang zaman kita yang tak matang tu, zaman kita buat ntah hapa hapa tu, zaman nakal-nakal dulu, hiii rasa nak lempang diri sendiri...
Hahaha ape ke la bengong betul time tu...
Malu nak ingat balik.. Hehehe

Rasanye, kita semua sama... Kan... Betul tak?

Semalam, member-member time belajar dulu join whatsapp... 
Aduhh dorang ni boleh pulak kutuk-kutuk kita, time study dulu macamana... Hahaha terus i jadik malu... Hahaha tapi ingat-ingat balik, itulah kenangan terindah kita waktu kita study dulu...

Tadi ada kawan tanya, apasal muka rentung....

Terus teringat masa berscuba di Pulau Mabul.
Pastu mula la teringat pulak macamana first time belajar berenang kat Glenmarie Shah Alam, teringat jugak sambung belajar berenang lagi kat Marina Putrajaya...
Semuanya betul-betul 'memory'...

My friend tu tau la, macamana paniknya bila masuk dalam air... Nama nak belajar berenang, last-last dah jadik class belajar suaikan diri dalam air je. Hehehe punyalah tak pandai-pandai...

Nak bagi bersemangat ni, target, kalau pandai berenang ni bolehlah ambik lesen scuba...
Harammmm
Sampai sudah, habis session class renang dah, tak pandai-pandai jugak... Hahaha

Sampai masa, ayah kotakan janjinya. Belanja untuk discovery scuba kat Pulau Mabul. Best memang best. Dalam hati, punyalah takut... Hahaha 

Sebelum terjun laut tu, kan ada isi form declare kita sihat ke tak, ada soalan-soalan yang umum pasal scuba la apa lah, memang dah kosongkan dah kotak tang 'panik attack'... Dah tau dah yang diri kita ni panik menggelabah lah kan...
Hahaha 

Yang ayah ok je... Dia memang excited nak mencuba...
"Awak ok tak ni?"
"Okkkk" hahaha semangat jawap kannn

Time briefing ok lagi. Gelak-gelak je..
Sampai waktu dalam bot, bila nak pakai equipment tu, dah takut dah. Bagi orang lain dulu turun, awak last pun takpe...
Kihkihkih

Nak terjun tu kan kena pandang belakang kan, kita tak turun-turun, dia tolak je kita terjun... Fuhhh
Menjerit dalam hati je. Makkkkkkkk tolongggg

Lawak. Dia ajar bernafas la ape la, kita ok lagi...
Dia bawak turun ke dasar je, dah menggelabah dah. Pandang keliling cuma air dengan pasir je... Jantung ni dah macam nak tercabut... Macam confuse nak bernafas tang mana.. Mulut ke hidung ke...
Rasa macam lost, duduk dalam kawasan yang kosong... Rasa macam tak cukup udara nak bernafas... Rasa nak bukak sume equipment, bukak apa-apa segala benda yang ada kat badan...

Bila mamat diver tu, Mani, buat sign 'look at me' kita pun boleh cool down sikit... Dia buat lagi sign 'trust me'... Kita pun rasa la ok sikit... 
Pastu dia suruh train buang air dalam goggle, terus jadik takut.. Terus gelabah tak tau camna nak buat... Mula la buat apa sume tak betul... Terus rasa takut sama macam mula-mula masuk air tadi... 
Huhhhh kalau ingat-ingat balik, sekarang ni pun, time menulis ni pun rasa tak bernafas...

Terus mintak dia bawak naik atas...

Sampai kat permukaan air je... Terus bukak mask sume.. Pastu ketawa... 
"Awak jangan tinggal saya... Hahaha"
"Mana boleh saya tinggalkan kakak. Kita akan jaga nyawa kakak. Jangan takut. Trust me.."
"Hahaha saya rasa lega... Hahaha giler betul... Hahaha"
"Kakak ok tak? Kakak cuma takut sebab tak biasa je..."
"Saya ok. Fuhhhh saya rasa selamatttt hahaha"
"Ok kakak. Kalau kakak ok kita bawak kakak turun lagi sekali"
"Hah! Turun lagi? Nanti kejap lah... Hahaha"
"Tak. Saya bawak kakak jalan-jalan tengok ikan je. Macam snorkling je..."
"Haa tu tak pe. Ok."

Mamat tu pun bawak la jalan-jalan tengok ikan... 
Oh cantiknye... Kita pun leka. 
Kita pun rasa 'oh, macam snorkling je, ok ni...'
Mamat tu buat sign 'ok'...
Kita pun reply 'ok'

Dah dia tengok kita kata ok, dia bawak pegi kat tempat dasar berpasir yang mula- mula tadi. Ada ayah kat situ. Konon tak nak bagi takut, dia suruh ayah pegang tangan. 

Hahaha orang kalau dah takut, letak la sapa pun, dia peduli ape kan. Takut tetap takut. Tengok keadaan yang kosong tu memang buat kita rasa tak selesa. 

Mamat tu suruh refresh balik, buang air dalam mask, bukak regulator yang kat mulut tu then pasang balik... terus rasa macamana ntah, rasa tak tau nak bernafas dah. Rasa macam 'aku tak tau nak buat ape-ape. Ko tolong la buatkan untuk aku...' Weng tak? Hadoiii ape pun tak boleh. 
Terus buat sign 'up'
Mamat tu reply' why'
'Problem'
'What problem?'
Geleng kepala. Buat sign 'up' lagi
Mamat tu boleh buat 'no. Trust me'
Mintak mahap. 
Lepas pada tu, tak tau ape jadik tapi rasa memang tak boleh dah. Telinga mula rasa berdesing... Kaki rasa macam tak jejak dah. Picit hidung buat hilang desing tu pun, rasanya telinga dah tak mau hilang. 

Tau tangan ayah pegang cuba hint, 'awak ok' pun, still tak boleh jugak nak ok.
Dada ni rasa nak pecah. Hahaha

Leh leh tak tau lah ape jadik, benda tu macam cepat, then rasa mamat Mani tu tekat button deflate, terus kita terapung..

Dalam hati. Fuhhh aku bebas. Let it go frozen betul...
Baru perasan badan dah menggigil.
"Kakak ok tak?"
"Ok."
"Kakak jangan takut. Saya ada. Saya takkan tinggalkan kakak. Kakak sejuk ke?"
"Tak sejuk. Saya ok. Tadi saya rasa macam tak boleh bernafas. Saya rasa nak lepaskan semua. Sampai atas ni terus lega."
"Abang ok?" Dia tanya ayah..
"Ok." "Kalau dia tak nak pun tak pe lah..."
Mamat tu biar kita tenang kejap.

Lepas tu nampak Aiman ngan Thaqif dari atas bot. "Ibuuuu. Kat sini." Siap lambai-lambai tangan.

Cukup lah. Cukup sampai di sini saja.

"Kakak ok? Trust me. Saya rasa kakak sejuk ni."
"Tak sejuk lah. Tak tau lah. Tak kot" hahaha tapi badan menggigil.
"Kesian abang. Kita cuba lagi ye kakak."
"Tak mau lah. Cukup lah. Dah lah." Surrender terus. Hahaha 
"Sayang kak, dah bayar. Rugi."
Geleng kepala je. Pedulik la pasal duit. Dah daya dah rasanya... 

Nampak anak-anak, terus cakap kat Mani, nak naik bot lah. Tak mau lah. Dia pun berenang-renang bawak pegi kat bot.

Naik je bot. Terus terduduk. Lemah kaki. Peluk Thaqif. Ohhhh i still alive... Hahaha 

Dah rilex-rilex kejap, pandang la geng-geng yang sama-sama scuba tadi. 
Ek eleh, rendah je. Boleh nampak la dari atas bot tempat berkumpul nak buat refreshment tu. Saiko betul. Hehe

Huhhh tapi cukuplah. Cukup. Jantung ini masih berdebar-debar. Sampai ke saat ini rasanye, cukuplah. Tak mau lagi. Esok lusa lain cerita.

Hahaha.
Takut-takut tapi itulah kenangan paling indah. Betul.

Sorry. Tak de gambar sebagai bukti. Cukup ianya menjadi memory dalam cpu kepala.








Monday, May 5, 2014

Gunting rambut kanak-kanak...

Thaqif ni susah nak potong rambut. Rasanye, umur dia dah 4 tahun ni, baru 2 kali kot potong. Pertama masa baby dulu, botak licin, lepas tu, kali kedua tak ingat bila, tapi dia punya meraung kat kedai tu... Fuhhh... Menguji kesabaran betul.

Dan kami akhirnya, dah jumpa kedai gunting rambut yang berjaya menawan hati kanak-kanak dia tu...


Rambut dia lurus. Selalu memang mak dia gunting straight je... Janji tak tutup mata... 
Hehehe kadang-kadang nampak macam pompuan pun ada. Tapi dia bukan kesah pun dengan rambut dia.

Tapi skang dia dah berambut pendek....
Mak pak pun happy tengok...


Mula- mula sebelum kena cantas...
Muka nak senyum tapi cover macho... Hahaha mamat ni memang...

Terkejut tengok budak-budak ni pakai tie... 


Sesi membodek...


Kedai ni best. 
Dia pasang lampu kelip-kelip. Lampu pusing-pusing... Kang umpan gula-gula...
Layan budak-budak pun ok...
Yang penting mesin gunting dia bunyi slow je... Budak pun tak takut...


Ni la tukang guntingnya... Tokeh kedai... Mr. D namanya...


Yang kelakar tu, dah siap gunting, dia letak gold dust kat rambut... Wah, bukan main senyum lagi mamat nih....

Agak-agak korang ada masalah cam kitorang, nak gunting rambut pun payah, boleh lah singgah kedai ni. Mr. D hairstylist, kat Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Belakang petronas. Kedai dia barisan kedai Dzihni kedai jahit baju tu... Sebaris gak dengan Donat Cafe. Kedai mengadap perumahan.

Hehehe. Suka tengok dia layan budak-budak.

Tapi ada orang jeles...


Tapi bapak dia tak kasi...





Wednesday, April 16, 2014

Ada satu masaelah

Hurmm...
Kat opis ni...
Keboringan.

Kenapa boring?

Sebab saya sorang-sorong di sini...

Mana yang lain?

Yang lain sume lain-lain la...

Nampak macam ada masalah?

Betul. Saya memang ada masalah.

Boleh tau apa masalahnye?

Saya sakit gigi....
Terussss mood saya jatuh merudum...

Nampaknya macam dah kurus?

Hah! Betul? 
Saya memang hilang selera makan kebelakangan ni... Gigi yang sakit buat saya melihat makanan dengan sebelah mata sahaja...
Tapi betul ke saya dah kurus?

Lebih baik pergi jumpa doktor segera sebelum gigi awak menjadi lebih besar dari tubuh badan awak?

Tapi saya takutttt.
Saya tidak boleh terima kenyataan yang gigi saya akan hilang dan menjadi kecacatan kekal buat saya....
Saya belum bersedia...

Boleh saya tau gigi yang mana satu yang buat awak kesakitan?

Oh. Saya tidak tahu. Saya rasa gigi geraham bongsu saya yang comel itu tetapi saya rasa semua gigi-gigi geraham saya sakit.
Saya takut adik-beradik geraham saya semua akan turut hilang...

Nampaknya masalah awak sangat besar?

Ya. Saya rasa masalah saya telah mengubah seluruh dunia saya.

Saya rasa saya boleh bantu awak?

Betul?

Ya.

Boleh saya tau apa dia?

Awak kena keluar dari opis sekarang dan boleh balik tidur supaya gigi geraham awak berehat secukupnya. 

Oh. Itu memang saya suka. Terima kasih.

Nampaknya masalah keboringan awak bukan berpunca dari kesakitan pergigian awak. Tapi berpunca dari otak awak yang  yang sudah tidak boleh berfikir secara waras.

Ya. Saya hanya akan waras apabila berada di rumah dan tidur sepuasnya.
Terima kasih diatas nasihat awak. Boleh saya balik sekarang?


Wednesday, March 26, 2014

Hai lah anak....

Kan sekarang cuti sekolah seminggu...

Mak pak keje, balik tengahari tengok...
Wah....
Bukan main kamu ye...


Siap silang panggung tu... Senang hati....

"Game ape tu, bang?"
"Tekken 6"
"Hurmm"

Friday, March 21, 2014

Cerita kami dan sesuatu

Lemah lembut. Sungguh bersopan santun. Itu lah yang kami gambarkan ketika pertama kali kami bertemu dengan lelaki itu.

Dia bapa kepada 2 orang lelaki dan 4 perempuan. Masih ada 3 orang anak lagi yang masih bersekolah. Anak perempuannya jugak memang sangat lemah lembut. Sama macam bapanya.

~hahaha kenapa ayat pun dah jadik macam cakap Indonesia. Baku. Hahaha. Weng.

"Sila-sila duduk dulu." Dia pelawa sopan.
"Eh. Takpe-takpe..." Ayah bantah cakap melayu.
"Ngak apa. Bisa ngerokok.... Bla... Bla.... Bla...." 

Dalam sibuk-sibuk mencari novel yang berkenan, sempat pasang telinga dia berborak dengan ayah.
Memang nampak macam, eh, biar betul pakcik ni kan... 
Terjumpa pulak novel Sydney Sheldon dalam bahasa Indonesia. Hahaha rare ni. 

Permulaan di situ berterusan kami berbual. Lelaki itu menjamu kami dengan air kopi samosir.

"Minum nak. Minum minang.." Aik, pompuan dia panggil minang? Hehehe 

"Cicak itu kalau di sini lah ya, lambang kejujuran. Cicak itu berdua itu bertembung. Begitu. Dia kan jujur. Kalau biasanya kita manusia bercakap kan cicak berbunyi. Itu tanda jujur... Cicak juga tidak suka nyamuk... Dia bertembung begitu.."
Lelaki itu bercakap sambil kuncupkan jari-jari dia, kiri kanan buat gaya bertemu.
Hahaha kami angguk-angguk je tanda paham. Hahaha ada kena mengena ke jujur dengan nyamuk. Pelik. 
Cicak lagi! Kannnn
Asyik cicak je... Hahaha

"Danau Toba itu berasal, iya 700 ribu tahun dulu kurang lebih, Sumatera itu satu kepulauan terus ke Jakarta. Ke Jakarta bisa dengan mobil, speda motor ibaratnya. Samosir ini tempat yang paling tinggi di Asia ini. Terus waktu itu terjadinya letupan volcano, semua mati, cuma seorang terselamat. Cuma 6 bulan."
"Ape? 6 bulan?" Hahaha ibu pekak. Tak berapa dengar sebab lelaki itu memang cakap slow penuh sopan santun lemah gemalai. Hahaha gitu kau perumpamaan nye... Ape yang 6 bulan kannn hehehe
"Iya. 6 bulan. Dia terselamat dilindungi oleh..." Lelaki itu tunjuk tangan ke atas. Tanda kebesaran kekuasaan tuhan.
"Ooooo" entah ape yang o pun tak tau la. Hahaha
"Itulah. Samosir ini di kelilingi dengan air."

Kami berbual-bual agak lama jugak. Bercerita tentang politik, tentang sikap rakyat-rakyat Indonesia, juga tentang kita manusia yang hidup di bumi tuhan... Ternyata orangnya memang macam bapak-bapak...
Dia kata dia memang nampak kami ulang alik naik motor lalu depan kedai dia. Memang betul pun. Kami memang carik ubat selesema sebelum tu. Hehe

Bila malam semakin larut, kami mintak diri. Kami bayar harga novel. Kopi samosir tu dia belanja katanya.

Keesokan harinya, kami berbasikal untuk bersarapan di salah satu kedai halal di Samosir. Kami lalu depan kedai buku lelaki semalam. Untung-untung jumpa, ingat nak ambik gambar dia. Tengok-tengok...

Popy's Restaurant. Fish Grill.

Eh! Bukan kedai buku ke? 
Patutlah uncle tu macam tu...
Patutlah itu...
Patutlah...
 




 

Wednesday, March 12, 2014

Horas to Samosir Island

Berbual dengan seorang lelaki ketika kami di Samosir Island, Medan, Indonesia.

"Cicak itu tanda keberuntungan."
"Keberuntungan? Maksudnya?"
"Iya. Keberuntungan itu, cicak itu kan ada di mana-mana. Di rumah, di sekolah, di hospital. Di rumah baru juga ada. Jadi, di setiap rumah itu harus ada cicak. Cicak itu tanda keberuntungan."
"Oh. Beruntung... Ingatkan ape keberuntungan tu...kihkihkih"

"Kalau di sini, kaum batak emangnya ada kepercayaannya. Kalau dilihat rumahnya harus ada satu, dua, tiga, empat, lima anak tangga. Itu nombornya ganjil bukan genap...."
"Kalau ganjil nanti jatuh, itu saya tahu. Sama macam orang jawa."
"Sama juga bumbungnya, di buat dari pohon palm. Biar dingin..."
"Sejuk..."
"Iya. Sejuk. Lihat. Bumbungnya ada dua ke atas. Di depan itu ibarat bapa. Yang di belakang itu ibarat anaknya. Jadi bumbung di belakang harus lagi tinggi dari di depan. Anak harus belajar lagi tinggi dari bapaknya. Gitu...." 

Hehehe tergelak kami dia bercerita.
Oh, patutlah banyak nau sana sini semua replika cicak. Rupanya kaum batak ni ada ceritanya yang tersendiri.


Rumah orang kaum batak di Samosir Island.


Kami tak masuk pun. Hehehe macam ngeri je... Lagipun sunyi je. Hehehe

Oh lupanak cerita. Kami jumpa ni kat kedai lelaki tadi....


Buat peminum-peminum tuak.... Hehehe

Monday, March 10, 2014

Please come back MH370

Satu dunia dah tau....

Entahlah...
Macam-macam perasaan ade.

Tak pernah la lagi, dari pagi sampai petang tengok tv mengadap berita je.
Bengang je ayah tengok isteri dia...

Tapi betul.
Kita kalau tak tau takpe....
Tapi kalau kita tau macamane communication and navigation systems, macamane flight control berfungsi, macamane Air Traffic Controller yang kat Subang tu bekerja, kita tau ada back up kalau 
system failure... Procedure-procedure... Kita mula terfikir macam-macam kemusykilan...

Apatah lagi memikirkan macamane mereka di dalam aircraft MH370 itu sendiri...

Huhhh
Macam-macam perasaan ade.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama berdoa, merayu padaNya, semoga dipermudahkan segala urusan pencarian dan...

.....please come back MH370....


Tak taulah kenapa. Tapi dalam banyak-banyak gambar, rasanya gambar ni la yang betul-betul menggambarkan perasaan yang kita rasakan sekarang. Sayu betul rasanya...

Friday, February 28, 2014

Fengsan

Ibu dia tinggal kejap je. Tengok-tengok....


Dia makan dengan penuh kecomotan...

Apesal muka monyok kan??

Rupanya takut kena marah....


Fengsan....

~ibu kau ni dah la femalassss.....