Tuesday, November 26, 2013

Aktiviti hujung minggu


Sesekali best jugak layan suasana lain dari rutin biasa.

Thaqif kata, "kite kemping, pastu khemah, pastu pancing, pastu cewiming kat laut... Pastu khemah ijau, khemah bintang... Lagi ngan akanan super ring, ngan pelampung..."

Hahaha
Excited dorang nak bercamping kononnye.
Nak tidur dalam khemah.

Tengah lepak-lepak, main iPad tiba-tiba 
"Assalamualaikum.."

Tengok-tengok anak jiran khemah sebelah datang. Rilek je budak tu datang bertandang sambil makan biskut empat segi tabur gula.

"Masuk lah." Thaqif tegur ramah.
"Mana awak dapat ni?" Dia tunjuk biskut gula member tu...
"Kat sana la." Budak tu tunjuk khemah dia.
"Nah. Kitorang main ni." Tunjuk game kat iPad umpan budak tu.
Budak tu masuk dalam khemah, letak biskut dia, terus rapat kat Thaqif tengok main game.

Sekejapan je lepas tu, tengok-tengok, iPad kat tangan budak tu, si Thaqif elok tengah sedap bedal biskut gula tanpa rasa bersalah pun. 

Eh eh budak bertuah betul Thaqif ni. Sabo je lah... 
Anak sapa la tu...


Amani lena. Ok.
Bile malam je, terus mengamuk. Cancel tido dalam khemah. Hehehe

Monday, November 11, 2013

Thaqif dengan movie-movie nye...


Thaqif masa rambut dia belum kena cantas... Hihihi

Hari ni ada beberapa cerita nak share. Cerita pasal Thaqif. Hehehe

Dia skang suka tengok movie. Lepas tu suka-suka je panggil orang ikut suka dia la... 

Kalau tengok Bola Kampung The Movie, wahhh dia pun berlakon...
"Ibu, ibu, ibu jadik Tasha, Amani jadik Amanda... Aqif jadik Azizul ngan Sabo. Abiman jadik Iwan ngan Pepo...."
Pastu mula la panggil Amani tu Amanda... Ooo Amanda...

Kadang kadang, "Bumblebee, Bumblebee, Optimus Prime nak lari ni..." 
Bila kita tanye sape Bumblebee, dia kata, "Ibu dengan Amani Bumblebee, Abiman Sentiment Prime, ayah Recepticon"

Macam hari tu, dia nak main ape ntah, tetiba menangis....
Rupa-rupanye, tak puas hati. 
Dia nak, kalau dia jerit je, "Alvin!!!!!."
Abang dia kena jawap jugak, sama macam dalam movie Alvin And The Chipmunk tu. Kena jawap "Oookkeyyyy"
Selagi tak betul, selagi tu la menangis... 
Perrrghh parah betul.
Abang dia suka menyakat. Kang abang dia jawap ikut suka abang dia je.. Tak terima tu.. Pastu melalak...

Tapi kadang-kadang kelakar jugak.
"Aqif jadik Nipis. Nipis!!!! Untouchable!!!"
Bercakap penuh gaya. Pengaruh KL Zombi pulak. 
Kalau tanye, sape Nipis, confident je jawap. "Jijan".

Ni baru-baru ni, dia jadik Thor. 
Yang lain-lain jadik ayah Thor, ibu Thor, abang Thor, adik Thor. Bila abang dia usik nak jadik Thor jugak, pandai pulak suruh abang jadik Loki.
Tang hero, bagi la kat dia. Hapal.


Aiman dengan Iron Man. Eksyen. "Ibu jeles tak abang ambik gambar ngan Iron Man?"
Huh! Tak kuasa ibu...

Lagi lawak..

Epuk amai-amai,
Elalang upu-upu,
Epuk Amani pandai,
Oleh upah susu.

Susu emak anis,
Antan ape ude,
Amani angan anes,
Jijan nak lawan jombi....

Lagi pelik,
Amani pun boleh ketawa...