Friday, June 28, 2013

KIL


Korang mesti tengok!
Best!
Tak tipu. Betul.
Cite dia memang lain. Lain dari movie-movie melayu yang lain.
Bagi I la... Hehehe

Ni copy sinopsis dia...

Akil (KIL), a quiet and depressed young man sees suicide as an solution though he never succeeds in pulling it off. A chance encounter brings him face to face with the "Life Action Bureau" or LAB, an organization that will help him end his life. But after being bound to LAB's terms and conditions, he meets pretty and vivacious Zara with whom he eventually falls in love with and gives him a reason to live. The new Akil who embraces life must now race against time to undo what he has set in motion before he gets killed.

Ha... Rasa macam best tak?

Hah! Ape lagi... Subscribe la Astro First sekarang. Tak pun download ke atau pun tengok online ke...
Memang tak rugi lah...

Hehehe ok 

Selamat menonton dan selamat berhujung minggu.... 

Tuesday, June 25, 2013

Mana korang rasa seiras?



Pic : sumber dari fb.

Hahaha.....

Entah kenapa, Jepp Sepah yang kelakar. Terbayang muka dia masa Raja Lawak dulu. Bertudung gitu....
Korang rasa?

Friday, June 21, 2013

From Krabi With Love

Nota kepala : entry ni akan jadik entry yang panjang kot...  Hehehe

Hihihi.....
Kami ke Krabi meninggalkan anak-anak dengan perasaan berbelah bagi....
Sob sob sob sedih woooooo
lagi-lagi tinggalkan si kenit tu di bawah jagaan emak mertua.
Waawaawaaaa
tinggalkan Aiman dengan dia ada ujian penilaian sekolah Kafa dia....
Huhuhu haru betul...
2 3 hari sebelum pergi tu, kami satu family kena food poisoning... Sume lembik... Kesian kat anak-anak tu memang tak leh nak kata ape....

Tapi, nama nak burn tiket tu tak boleh jugak. Rugi laaaa kan....
Takpe lah... Sesekali nak jugak mak pak dorang ni spend time together... Kannn...
Hehehe

Aiman ni psiko tau. Dia tau kami nak pergi, dia boleh pesan, "ibu kat Thailand jaga diri elok-elok tau..."
Haiiii buat orang serba salah je sebab tak bawak dia....

K la, berbalik pada cerita asal. Kami pergi dengan AirAsia again... Hahaha orang baru pandai booking tiket thru online...

4d3n kami kat Krabi adalah sangat happy. Tempat dia memang cantik... Kami stay kat Aonang Beach.

Hari pertama....
Kami selesai settle anak-anak sume, packing kain baju bagai jam 2.30 pagi. Tido dalam jam 3 pagi. Kunci jam pukul 5 pagi, kononnye sempat la mandi-mandi siap-siap sume, 5.30 pagi tu member datang ambik kat umah hantar gi airport.
Sekali tu ha kauuu
Pukul 5 member dah sampai. Hahaha kelam kabut pukul 5 baru bangun, baru nak mandi...
Kihkihkih kesian kawan tu kena tunggu. Sorry yaaa

Nak jadik cerita, nasib baik jugak member tu datang awal. Rupanye, kami kena print out baru kertas yang check in online tu...
Lawak je... Kulu kiler kami... Nak beratur kat mane, kaunter berapa, jalan macam lipas kudung...
Hilang rasa sakit perut ke ape...

Tapi, kesian tau. Masa kami kat departure punye tempat ape ke nama, yang macam waiting room tu kan, ada 2 orang minah ni. Duduk situ dah lama, sebelum kami sampai memang dah ade, dorang dok rancak berborak.. Lepas tu, bile gate ke Krabi di bukak, dorang pun sama beratur.

Kami dengar ape tau..
"Eh, ke Bandung?" Officer tu tanye...
"Haah" minah tu jawap
"Kapal ke Bandung dah lepas..."
"Hah!!!!!" Menjerit minah tu kuat jugak la.... Terkejut kot.

Kesian....
Tapi gate sebelah Krabi tu memang ade tulis Bandung, bawah tu tulis Close...
Minah tu tak perasan kot.... Tapi kenapa dah lama borak baru nak tanye....

Tak tau la ape sudahnye, kami dah lepas pada tu, berjalan ke bay dia jauh jugak la. paling hujung kot... Sambil borak berdua, alahai.... Kesiannye kat minah tu....

Flight ok. Hahaha tak sempat tido dah sampai pun...

Pengalaman pertama keluar dari Malaysia... Pengalaman pertama jugak memandang kamera depan pegawai imegresen... Berdebar-debar. Kecohhh

Krabi International Airport ok. Tak ramai orang pun. Sunyi je....

Kami tak search ape pun pasal Krabi. Just baca a few blog yang cerita pasal Aonang Beach. Pasal ber-island hopping... Dan kami tak booking hotel ke ape...
Dasar pemalas.... Hahaha

--------------------------------------------------------------------------------------

Keluar dari airport, kami blurrrr

Nampak ade shuttle bus ' Town Krabi ~ Bus Station ~ Aonang Centre ~ Aonang Beach'...
Kami ingatkan boleh terus naik bas tu, bayar tiket kat dalam bas tu, rupanye kena beli tiket kat kaunter kat dalam airport sebelum boleh naik bas tu....

Driver tu tanye, kami nak stop kat mane, kat hotel mane... Kami nak jawab pun blur je... Yelah, kami tak booking mane-mane pun, nak stop kat mane pun tak tau... Kami kata turunkan je kami kat Aonang centre....
Masuk je dalam bas, banyak je Malaysian, means orang melayu la.... Dalam bas tu pun, rata-rata cakap melayu, rata-rata pun manusia yang satu flight ngan kami pagi tu.... Hahaha lawak.... Ramai rupanye orang kita nak mandi kat Krabi ni....

Perjalanan dari Krabi Airport ke Aonang Centre, lebih kurang 1 jam, naik bas. Kalau naik kereta, teksi dalam setengah jam je...
Driver bas tu turunkan kami kat Aonang Centre, turun-turun je, ade perempuan bertudung sambut kami dengan senyuman.... "Krabi Information Centre... Krabi hotel... Krabi tour package...."
Kami dalam pada takde hala tuju tu, ikut la perempuan bertudung tu. Anna namanye... Dia ok. Bersungguh-sungguh dia carikkan hotel ikut dalam budget kami. Bertelefon la dia mencarik hotel tanye kawan-kawan dia...haha dah memang kerja dia pon...

Kami dapat jugak tempat nak stay akhirnye....
Adam Bungalow... Ok la... Kena dengan harga nye... Kena dengan budget kami yang ciput ni...
Yang penting, ade free wifi. Walaupun cuma dekat restoran dia je... Tapi ok la daripada takde langsung...

Lepas check in bilik je, tengok-tengok jam baru pukul 9.30 pagi waktu Thailand. Rasa macam dah lama gile dari bukak mata bangun tidur pagi tadi... Rasa macam lambat je masa berjalan. Hahaha

Kami berjalan kaki, keluar cari motor sewa. Motor kat Krabi comel-comel kot...model takde kat Malaysia ke ape... tak pernah nampak pulak... Kami sewa Honda Scoopy dengan harga 200 baht untuk 1 hari... Tapi minyak motor pulak yang mahal... Seliter 4 ringgit lebih duit kita... Fuhhhh kami isi 50 baht, eh, kejap je dah stop... Hahaha tak rasa langsung..

Dengan Scoopy lah kami meronda sekeliling Aonang Beach.... Yang lawak tu, tak laju mane pun, habis pulas dah ni, tengok meter baru 30 km/ j.... Hahaha takat tu je lah laju yang boleh pun....

Mencarik makanan halal tak susah pun. Banyak stall-stall orang Muslim...
Dorang pun pandai nak tarik customer, dorang bagi salam, so kita tau la yang dia tu Muslim...
Tapi tengok gak.... Dalam pada ramai tu, ade jugak kawasan yang memang ada stall jual pork steak... Hehehe

Kami ade jumpe Malaysian kat sana. Dorang kata ade restoran melayu. Boleh berbahasa melayu-kelantan... Kat tempat agak ceruk jugak la... Yang tu memang kami tak jumpe. Tak carik pun....

Untuk hari pertama, memang kami meronda dengan Scoopy saja. Pada pandangan kami, manusia adalah terlalu ramai... Sepanjang-panjang Aonang Beach tu, penuh dengan manusia...
Hahaha dah nama pun tempat pelancongan kan... Takkan sunyi sepi pulak kan... Hahaha

----------------------------------------------------------

Hari kedua, kami ber-island hopping.
Yang ni aktiviti wajib kalau melancong ke Krabi kot. Banyak package-package dorang sediakan. Tinggal kita la nak pilih package yang mane, company ape, bot ape, nak speed boat atau pun longtail boat... Island ape yang kita nak...

Tapi, aktiviti ni sume program 1 hari... Dari pagi sampai petang. Kebanyakkannye makanan sume di sediakan...
Kami pilih package ke Phi Phi Island. Harga dalam 1200 baht sorang. Itu harga paling murah kami dapat..

Package kami, dia bawak kami ke 4 pulau.
Bamboo Island, Phi Phi Island, Maya Bay dan Monkey Island.
Pastu boleh 3 kali berhenti snorkelling.

Best. Tour guide kami pun kelakar...

"My name is Haaaa Saaaaan. H A S U N. Hasan not Hasun.... "

Baru dia kenalkan diri je, orang dah sengeh dah.. Banyak cakap. Membebel je dia...

"Please check your family, friends, your darling and your baby. Don't forget anything here. We not have enough gasoline to go back,"
Tiap kali berhenti, tu la ayat si Hasun tu. Kami dah naik hafal dah... Kelakar tengok gelagat dia.
Lalok semacam je. Bile kita senyum tengok dia hisap rokok, dia boleh kata ape tau... "Just tobacco, you want to try?"
Dia boleh offer pulak... Hehehe
Tapi lepas tu dia ok je. Semua orang dalam boat pun happy kot...

Bagi kami, pantai-pantai dan pulau-pulau dorang ni memang cantik-cantik. Airnya jernih.. Bersih. Memang berbaloi nak cuci mata... Hehehe

Tapi sayang, I tak pandai berenangggg... I is jealous dengan encik suamiiii...

Dalam trip ni la kami jumpe satu couple Malaysian ni. Ok la jugak ade kawan nak borak cakap melayu... Hahaha

-----------------------------------------------------------

Hari ketiga, kami pilih ber-island hopping lagi.... Kali ni kami pilih package Hong Island dengan longtail boat. Separuh harga dari package yang naik speed boat.

Kebetulan betul, aktiviti kami agak boring. Dapat pulak tour guide macam kayu... Kaku je... Tak mesra alam betul... Cuaca pulak mendung, air nak surut... Banyak tempat dorang skip, tak boleh nak snorkelling...

Trip ni tak ramai. Ada 8 couples and 3 kids je.

Eh, tapi tour guide tu cerita, kat Hong Island ni, kalau ada rezeki boleh jumpa biawak Komodo. Tapi so far, Komodo tu tak makan orang lagi la katanye...
Giloss... Dengar nama Komodo je dah ngeri. Idok le heh!
Hahaha 

Ada satu couple tau dari England. Dorang dah second time pergi Krabi. Very romantic couple. Dah tua pun. Dia tunjuk kat kitorang driving licence dia, dia keje bawak truck. Dia lahir tahun 1939.
Iskk kagum betul... Sihat lagi... Boleh travel sama-sama suami isteri... 
Dua kali kami terserempak dengan couple ni, boleh nampak la betapa dorang love each other, saling berpegangan tangan... Dan mendoakan kami  yang baik-baik pulak tu....
Hurmmm harap-harap, begini la kami tua-tua sok.... Kalau panjang umur la... Hehehe

-----------------------------------------------------------

Last day kami, bangun awal sebab flight awal.. Tak sabar nak jemput baby Amani.. Rindu...
Hehehe

Driver taxi tu best. Muslim. Baik orangnya. Dia bawak kami pergi pasar borong untuk breakfast.Ternyata lebih murah.. Kalau tak mengingatkan nak balik naik flight, mau beli makanan-makanan kat situ. Tengok memang sedap-sedap dan dorang memang muslim. 

Pakkal la subuh-subuh gitu kan... Nak makan pun takut sakit perut pulak. Kalau tak, mau jugak rasa nasik dia... Hehehe
Tapi sepanjang kami kat sini, air dorang memang manis-manis.... Boleh potong kaki..

Dah breakfast, dah pusing-pusing pasar, driver tu pun hantar kami ke airport. 
Dan alhamdulillah, sume ok, 



Nota kaki : Sedih. Sekeping ni je gambar yang terselamat. Itu pun sebab En. Hasyim simpan kat IG. Tapi tak pe, skang dia dah pandai guna Dropbox... Hehehe