Wednesday, May 22, 2013

Drama betul.

Kat kfc ni.

Ada sekumpulan remaja..

"Woi... Jangan bahagia boleh tak?"

Eh. Apesal pulak la tetiba ni kan... Pandang kumpulan remaja meja sebelah. Oh, perempuan berambut pendek yang menjerit rupanye...

"Ade rokok?"

Ah. Lantaklah. Budak-budak ni tak sekolah kot.

Pintu kfc terbukak. Sekumpulan remaja masuk. Join group budak remaja rambut pendek tadi.

"Woi, pompuan! Bla bla bla bla...." Budak remaja rambut pendek tu membebel.

"Macam la ko tu bukan pompuan..."

O... Perempuan rupanye..

Tiba-tiba..

"Arrrgggghhh"
"Kenapa kau buat aku macam ni, ha!"
"Aku sayang ko selama ni, ini yang ko balas kat aku!"

Budak rambut pendek tu hempas handphone dia ke lantai. Pastu dia keluar.

Kawan dia kutip handphone, tekap handphone kat telinga, boleh pulak tolong sambung cakap...

"Kenapa kau tinggalkan dia. Dia kata dia nak balik duit dia."
"Habis, prepaid tu bukan duit?"

Budak rambut pendek tu masuk.

Handphone beralih tangan.

"Aku nak balik ape yang aku bagi kat kau!"
"Aku bukan nak mengungkit. Tapi ini balasan yang aku dapat...."
"Kerana kau lah, aku kena buang kerja!"

Prakkk

Tengok-tengok, laaaa handphone dia kena campak ke lantai lagi sekali. Berderai.

"Aku akan buat dia tak boleh tinggalkan aku!"

Fuhhhh. Ngerinye.

Tak senyap kat situ je, dia pandang customers sekeliling... Tanpa segan silu, dengan suara kuat bagi seantero alam dengar...

"Woi, jangan bahagia boleh tak?"

Saiko rasenye budak ni. Takut.


Nota kaki: dan di saat keluar dari kfc tadi, budak tu masih dalam group remaja tu. Tak de rasa bersalah langsung sebab buat bising.

Friday, May 3, 2013

Amani, 5 bulan...

Pejam celik, pejam celik, Amani dah 5 bulan dah...
Kejap lagi dah boleh makan dah...
Best! Best! Tak sabar nak buat bubur untuk dia...
Hehehe...

So far, skang dia dah meniarap dah, tapi tak ke depan pun.. Angkat-angkat bontot, lama-lama ke belakang...
Tapi perangai dia sama macam Abang Aiman suka tengok tv...
Leka... Senyappppp je..

K lah. Takde ape nak cakap pun. Babai..