Wednesday, January 23, 2013

4d3n ~ Kota Kinabalu - Labuan

Nota kepala : Hahaha. Ni namanye cerita basi. Kejadian sebelum ade baby gitu, skang baby dah lahir baru nak share kat sini... Tapi, hadap la karangan budak sekolah takde gambar. Pandai-pandai la korang imagine gambo dia camne ye... Dah try masukkan, tak boleh boleh, lembssss pulak. Tension je.

--------------------------------------------------------------------

Everything's first time buat kami... Jakun... Hahaha
First time travel by plane....
First time travel by plane in 32 weeks of pregnancy... emaknye lah...
First time travel luar dari Semenanjung Malaysia. Hahaha padahal KK je pun...

Hari pertama

Flight kami 6.30 pagi. Gigih kami bangun awal. Sampai KK hujan. Angin kuat. Sejuk gile.
Kelakarnye, kami tak booking hotel ke ape. Sampai-sampai airport tu mati kutu je. Tak tau nak pergi mana.

Pegawai imegresen kat airport tu peramah. Dia tanye kami,

Berapa hari kat KK?
4 hari.
Rancang nak ke mana?
Kami ingat nak ke Kundasang.....
Ada kawan kat sini ke?
Takde.
Hati-hati. Jalan licin. Sekarang ni musim hujan.

Haiiii.. Patah semangat kami nak ke Kundasang...

Relax kejap, breakfast bagi anak-anak kenyangkan perut dulu.
Ambik taxi, pergi Le Meridian Hotel. Tengok-tengok fully booked. Call Promenade Hotel. Ade, tapi mahal pulak. Heran, baru hari Khamis, takkan dah penuhkan... Rupa-rupanye, ade audition reality show Vokal - Bukan sekadar rupa yang kat tv3 tu kat Promenade 29 / 30 September tu...
Aduhaiii

Melangkah la kami jalan kaki meredah hujan.
Jumpa 1 hotel. Yomi Hotel. Ok la. hotel baru. Ade kosong. Terus check in. Yang bestnye kat sini, belum pukul 2 dah boleh check in dah. Padahal masa tu baru pukul 11 pagi.

Lepak hotel jap, keluar balik. Jalan-jalan area sekitar hotel. Masuk 1 shopping mall ni, nama dia City Square ke ape... Hahaha lupa la... Tapi dekat la dengan Le Meridien Hotel tu.. Masuk-masuk, tak tau nak buat ape pun. Hehe kami rasa macam kat Pertama Complex kat KL je.. Hahaha

Tengahari tu, kami lunch dekat satu restoran ni. Memang tak selera langsung. Tapi telan la jugak, takut perut masuk angin. Hehehe... Kami je yang tak selera, toleh kiri kanan tengok orang makan sedap je. Siap ratah ikan sekor-sekor lagi.. Bukan main berselera lagi.

Petang, kami meronda ke Pasar Philippine. Pasar basah jual sayur ikan murah-murah. Geram tengok lobster murah-murah, segar-segar. Dah nampak makanan laut segar, mesti la nak rasa pulak kan... Makan sampai lupe ade resdung. Lepas makan, ha.. Baru srot sret srot sret gatal hidung... Hehe

Kami makan lobster besar sekor baru rm50. Ikan bakar sebesar pinggan rm10 je... Udang bakar dia pun murah. Dorang tak timbang pun. Kita boleh pilih-pilih siap bakar, hantar kat meja, pastu dia cakap rm10 je sekor. Sotong pun macam tu jugak, Ada dalam 20 ekor macam tu lah, cucuk kat lidi, kira singgit je. Haiii tak ke geram di buatnye...

Berjalan-jalan kat pasar air membeli mutiara...

Sehari kami di KK, cuaca adalah hujan sepanjang hari.
Pusing-pusing town KK, benda yang sama jugak kami jumpe. Plan asal nak ke Kundasang cancel. Tambahan pulak kami memang takde sewa kereta ke ape-ape transportation...


-------------------------------------------


Kami dah start boring. Maybe sebab takde keta sewa ke ape so patah kaki tak boleh ke mana-mana lalu mula buat plan lain.
Kami plan nak ke Labuan. Malam tu, dengan hujan-hujan yang ala-ala renyai, kami keluar hotel, tanye orang camne nak ke Labuan. Kitorang jumpa pakcik teksi sorang ni...
Ada 2 cara nak ka Labuan dari KK ni...
Pertama, naik teksi 12 ringgit dari town ke Jesselton Point, pastu ambik express feri, 30 ringgit terus ke terminal feri Labuan. Tapi ambik masa 2 jam setengah jugak la.
kedua, naik bas 14 ringgit dari town ke Menumbok, pastu naik feri atau speed bot. Kalau feri 2 jam, 5 ringgit sorang, kalau speed bot 15 ringgit tapi 15 ke 20 minit je... Terus ke terminal feri Labuan jugak.
So, pilih la mane suka. Pakcik teksi tu sungguh-sungguh cerita kat kami camne nak ke Labuan. Orang-orang KK ni, so far, tak sombong belaka. Dorang ni helpful sangat.

Wah, kitorang pon ape lagi. Bersemangat la kan. Suruh anak-anak tido awal sebab esoknye nak naik bas. Dengar naik bas je, bukan main lagi Aiman happy. Tak pernah katakan... Hehe
Lawak je...

Alkisah nye kami bangun pagi-pagi, keluar hotel, tumpang letak beg kat kaunter hotel tu, sebab kitorang nak datang balik KK jugak nanti. Dorang ok je. Tak kisah pon. Hahaha Tak payahhh kami berbondong-bondong beg banyak-banyak nak naik bas. Bawak cukup pakai kat Labuan je sehari dua.
Menapak dalam 100 meter dari hotel, nampak dah deretan bas-bas express ni. Macam-macam bas. Yang ke Brunei pun ade.

Kami ambik bas Menumbok. Ambik tiket 2 je. Hahaha kedekut.... Anak-anak sila berpangku. Kebas kaki 2 jam memangku Thaqif tido.... Hihihi tapi tak rasa 2 jam pon, layan movie dalam bas kekdahnye...
Bas ni melalui jalan biasa, lalu daerah Papar, pastu masuk daerah Beufort, pastu baru sampai Menumbok.

Sampai Menumbok, tak daya dah nak tambah 2 jam lagi naik feri, jadik kami naik speed bot saja... Bayar mahal skit la dari naik feri. Tapi cepat sampai, ok la tu...

Kami naik speed bot duduk depan. Dalam bot tu ade la dalam 15 orang. Nama pon duduk depan, dia punye melambung.... Makkkk aiiii...... Terkejut baby dalam perut..
Hahaha masa tu dah cuak dah. Hahaha
Ni kalau jadik pape kat baby ni, harus la menyesal salahkan diri sendiri...
Dalam hati ni ya Allah... Tuhan je tau berdebar-debar ya Allah...
Masa tu la, berdoa tak putus-putus... Masa tu la baru ingat yang diri tu mengandung. Masa tu la jugak baru nak ingat tuhan kan.. Dalam hati cepat la sampai... Hahaha
Hehehe sampai lenguh kaki tahan jangan bagi bontot terhentak kuat sangat. Hahaha kalau ingat balik, lawak pun ade. Alhamdulillah, Amani selamat je duduk dalam perut...

--------------------------------------------------------

Dua hari kat Labuan, dua-dua hari tu la panas berdenting. Aiman sampai demam la sebab suhu cuaca yang sejuk pastu tetiba panas, pastu check in hotel, sejuk air cond pulak, terus seram sejuk demam. Kami stay kat Waterfront Hotel Labuan. Saja la bagi anak-anak mandi swimming pool. Saja bagi dorang happy.

Labuan best. Agak menyeronokkan untuk kami yang nak relax-relax ni... Kami sewa Nissan Grand Livina kat sana. 100 ringgit sehari. Ok la kan... Untuk kami empat beranak... Tapi nama nak shopping-shopping kat Labuan tu tidak la, walaupun namanye free duty... Takat beli coklat tu ok la kot...

Tapi,
kat Labuan la kami dapat meronda satu pulau Labuan dengan kereta dalam masa separuh hari.
Kat Labuan la kami dapat merasa wet butter crab yang sedap sehingga menjilat jari.
Kat Labuan la kami dapat melayan sunset bajet-bajet orang kaya saudagar kapal...
Kat Labuan la kami dapat sekodeng orang mandi di Kampung Patau-Patau... Hehehe tak la. ni tipu...

Hari keempat, kami balik ke KK semula dengan feri express dari Terminal Feri Labuan ke Jesselton Point, 34 ringgit per seat untuk first class. Ape yang special nye first class?
Tak ade ape pun. Cuma feri express ni dua tingkat. So, first class ni yang tingkat atas la...
Naik feri ni je makan masa 3 jam setengah. Fuhhh kematu vontot... Sempat layan 2 movie la jugak. Yang kelakar tu, dorang sama macam AirAsia, tolak troly jual makanan... Megi, keropok cekedis, air... Kalau megi tu, siap jual megi cup tuang air panas lagi....

Sampai KK, baru la shopping ole-ole nak bawak balik Semenanjung. Bukan beli ape pun, takat ikan bilis, udang kering, udang geragau, gitu-gitu lah, mak kami kirim...

On the way ke airport Terminal 2 tu, pakcik teksi kami sembang-sembang, dia kata rugi kalau ke Sabah kalau tak ke Keningau. Kononnye, Keningau la tempat di mana asal nama negeri di bawah bayu diberi. Pakcik tu cerita, masa tahun berapa ntah lupe la, tapi pakcik tu ada bagitau bile, kononnye Sabah ni di landa banjir besar, so masa tu Keningau ni terselamat. Kalau kita ke Keningau, boleh tengok la kesan-kesan, hasil dari kejadian banjir tu.
Betul atau tidak tu tak tau lah, tipu pakcik tu, tertipu lah kami.... Hehehe
Tapi kalau betul, rugi la kami tak ke Keningau.

Sebenarnye, kami ralat sangat sebab tak dapat tengok puncak Gunung Kinabalu sebab cuaca yang sedih-sedih gitu. Hehe jangan katakan puncak, kaki gunung pun kami tak dapat tengok. Hahaha bukan rezeki namanye... Nak kena pergi lagi kot. Hehehe

Kami sampai airport beberapa jam awal sebelum check in. Habis duit beli mineral water untuk budak-budak ni je. Satu botol mineral kecik tu sampai 3 4 ringgit. Standard harga airport la kot. Hehehe lawak je budak-budak ni... Tengok-tengok kapal delay pulak lagi. Menunggu lagi... Flight dah la malam, delay pulak. Dapat cecah bontot atas kapal je, terus tido. Hahaha

Eh, k lah. Penat menaip. Penat menaip entry tak bergambar.. Boring kannnn

Ok. Wassalamu...

Nota kaki : Betul kata member kami, sekali dah berjalan, u mesti gian punye. Pak Tony dah jampi... Hahaha. Yup. Memang En. Hasyim jadik gian....

Nota kaki lagi satu : Pictures Labuan ~ KK ada di sini