Saturday, September 1, 2012

kau cicak.....

hari merdeka, aiman ade berarak anjuran sekolah dia. pegi awal ni., macam pegi sekolah tu.. lagipun ade sambutan hari raya sekali, macam kesian pulak kalau aiman tak pegi.
kata ade majlis hari raya, si ibu ni pakai la baju kurung. pagi-pagi tu dah siap gosok la kan.
sampai je kat sekolah tadika tu, anak dah masuk dalam barisan, yang mak-mak ni berdiri la kat belakang kan.

mula-mula berdiri ngan ayah. borak-borak. si adik pulak buat hal. nak main playground. yang ayah ni pegi la layan si adik ni kan. tetiba terasa ade rasa macam orang cuit-cuit kat bahu. toleh belakang, ayah tak de. dalam hati dah tergerak, sape pulak cuit-cuit aku ni kan... pastu buat relax lagi la tengok anak nyanyi... sekali ade rase benda bergerak-gerak kat bahu, dalam baju kurung tu. spontan, gerak-gerak kan tangan bagi benda yang bergerak-gerak tu keluar dari celah lengan. tengok-tengok, cicak besar....
hiiiiiiii bodoh punya cicak!
ko duduk dalam baju aku ape pasalllll
hiiiiiiii geli betul...

cicak tu dah la besar! kelabu bintik-bintik hitam pulak tu... hiiiiii nasib baik tak menjerit melompat kat situ. kat sebelah tu ade la budak pompuan dalam darjah 4 ke 5 gitu la... dia pon terkejut... yang kite ni apetah lagi kan... hiii bengong betul cicak tu... cicak tu pon, jatuh dari lengan baju ni, terus lari ke arah barisan budak-budak tengah nyanyi tu. hah, elok lah. pegi la kau!
pegi playground, nampak ayah, terus cerita kat dia. hampeh. dia kata "cicak memang suka kat awak..."
cisss.

sepanjang majlis tu rasa meremang je. rasa nak mandi je... geli betul. terus rasa rimas. terbayang betapa lamanye dia duduk dalam baju. entah-entah dari rumah ke.... tapi masa gosok tadi takkan tak perasan... hiii gelinye.....

balik tu cerita kat aiman. 
"bang... tadi cicak masuk baju ibu... geli betul la bang ibu ni... besar bang..." saje nak manja ngadu ngan anak. hehehe
"abang pon nampak tadi"
"hah! cicak tu kot. tadi dia pegi kat tempat budak-budak berbaris tu. kelabu bintik-bintik kan..."
"haah. bintik-bintik. abang nampak dia dah mati. ekor dia berdarah."
"hahaha. ye ke bang. elok la dia mati kena pijak kot" 
lega hati ibu. padan muka ko cicak. masuk lagi baju aku...

pastu ayah menyampuk, "kecoh... korang berdua sama je. cerita boleh sambung-sambung.. hehehe ingatkan dah habis dah"
hehehe biasa la....