Thursday, March 22, 2012

kerenah di kecil


budak kecik ni kelakar. suka buat lawak, penglipur lara kitorang kat rumah. tapi jangan tak tau, dia punya moody... kus semangat... fuhhhhh kalau mengamuk, kita mak bapak pulak kena mengalah dengar cakap dia... dah terbalik kod pulak...
kalau merajuk... ha... tu dia... jadik superman terus sembam muka kat lantai...
hebattttt hebattttt anak ibu...

sungguhpun begitu, nasib baik dia cepat paham. tapi kelakar bila dia baru nak belajar cakap ni...
bila kita kata, "makan"
dia jawap, "aammm nyam nyam nyam nyam"
kita kata, "minum"
dijawapnye, "air"
"kereta"
"tin.. tin.." (buny hon kereta)
"ball"
"pak pak" (sepak)

hahaha banyak la words lain yang dia malas nak ikut kita... ikut suka hati dia je. main belasahhhh je....



Tuesday, March 20, 2012

Sepetang di Rumah Api, Bukit Jugra, Banting

Hai...
Dah lama kitorang tak jalan-jalan kan. Asyik duduk umah main game zombie. Haaahahaha

Jadiknye, hari tu, kitorang bawak la anak-anak outing. Adik la excited. Maklumlah, dia mane ade keluar rumah... Since kitorang ade ambik maid ni, activity jalan-jalan tu dah agak kurang... hehehe... Tu yang anak-anak boring, Lepas tu bile dapat keluar sesekali, excited lebih....

Mula-mula, layan anak-anak main kat playground dulu..


Kelakar. Semua benda dia nak main. Macam orang besar...

Lepas pada tu, menuju la kitorang ke Bukit Jugra ni. Tak sangka cantik gile tempat tu. Ramai orang jogging kat situ. hahaha. Tapi scary sikit, sebab kena lalu jerat cina.
Eh, tapi tak risau la kalau nak jogging kat situ, orang ramai. Orang banting lari naik bukit takat pakai selipar jepun je. Rilek je....
Lagipun kitorang nampak  ade polis peronda kat situ...


Laluan masuk nak naik bukit. Pelik... Kenape paragliding?
Ada aktiviti paragliding kah?
Ada orang banting kat sini yang boleh jawab...


Rumah api Bukit Jugra. Cantik. Tapi tak boleh masuk pun...


Batu papan tanda dia. Ada la cerita pasal rumah api ni...

Kat belakang rumah api ni, ade port untuk tengok pemandangan cun mengadap laut la. Nampak la Selat Melaka gitu. Siap ada bangku berbumbung kalau nak lepak-lepak..


Pemandangan dari situ la ni. Sejukkkk mata tengok. Nampak la kapal-kapal besar nak masuk Port Klang. Haaaahahaha. Logik ke?
Betul.
Kalau salah ayah tipu la tu.


Kami. Hehehe


Matahari nak terbenam. Tapi mendung time ni. Kalau cuaca baik mesti lagi best.


Aiman. Ralit tengok rumah semut. Pastu mulut pok pek tanya itu ini. Tak larat nak jawab.

Pastu, agak-agak dah berpeluh, kitorang pun balik.

Hehehehe. Jangan salah sangka, kitorang bukan jogging pon. Kitorang naik kereta. Hahaha.. Berjalan naik bukit ada la dalam 20 langkah kot. Itupun sebab kereta tak boleh naik. Kalau boleh agaknye, tak de keluar kereta kot... hehehe


Nota kaki : Sori. Cerita ni dah lama duduk dalam draft. Hari ni baru ade mood nak publish. Hehehe Ada pulak nak publish tunggu ada mood. Hehehhee Pape je lah labuuu