Tuesday, December 25, 2012

Princess in da house!!!

Yup.
Family kami di kurniakan dengan kelahiran baru 19 hb 11 hari tu...
Jam 10.09 malam, baby girl... Alisya Amani Hasyim, 2.6kg...

Yup.
Memang happy... Ade bunga penyeri la katakan...
Hehehe

Budak botak tapi dah tumbuh sikit dah rambut dia... Susah nak senyum, Muka berkerut je... Banyak masalah kot. Hehe


Tuesday, October 16, 2012

Tragedi sungguh! Di pasar malam Brinchang, Cameron Highland

Kami berroad trip, dari KL ke Penang, masuk pulau keluar pulau, langsung ke Perlis untuk makan malam di Kuala Perlis, patah balik ke Penang semula.
Esoknye, pekena nasik kandar di Penang, terus ke Taiping, makan durian pulak. Makan durian kat rumah opismate kitorang punye adik. Adik dia cikgu kat Taiping. Makan sampai tak kenal ape itu durian la... hahaha itu tipu... Dah kenyang, mencari hotel kat pekan Taiping.
Kat Taiping, sempat la kami meronda-ronda masuk Night Safari Zoo Taiping, makan di Doli restoran yang kononnye femes tu...

Esoknye, terus ke Cameron Highland.
Di sini la tragedi terjadi.
Kami ke pasar malam Brinchang. nak cari kudap-kudapan sebelum makan malam. Seronok. Tengok makanan pelik-pelik.... Sayur-sayur kat pasar ni murah gile. Kobis biasa yang besar macam kepala orang dewasa tu, baru 2 ringgit. Kalau kat sini, siap potong 4 lagi...

Pasar malam tu. Gambar sebelum kejadian.

Hahaha... sebenarnye, kami leka nak membeli makanan goreng-goreng ni la. Pergi ramai, si Thaqif, adik kami dukung. Yang Aiman pulak, berjalan sendiri ikut suka dia. Kejap pegang tangan embaah dia, kejap dengan ayah dia. Tapi entah macamane nak jadik kan....dalam pada kami leka tengok kakak-kakak ni menggoreng, dah membeli, sedar-sedar....
Aiman mane?
eh, tadi ade...
Aiman... Aiman...
Ah sudah! mane anak akuuuuuu

Jantung berhenti berdegup
otak tak berfungsi... lost...
lutut lemah... rasa tak larat nak lari...
Ya Allah... mane anak aku... dah la kat tempat orang ni....

Kami panik...
masing-masing melolong panggil Aiman..
mata memang carik budak berbaju merah....
tengok-tengok ade dalam ramai-ramai orang yang lalu lalang tu,
sah kompem tu anak aku...
terus lari kat dia... peluk dia...
hilang rasa nak marah dia sebab merayap sorang-sorang..

Rupe-rupanye, dia tersalah emak. Dia pun sebenarnye, tengah mencari kitorang.
Hai kau bang.... kau buat mak kau ni sakit jantung tau. tau tak?

Pengajaran buat kami dan buat Aiman jugak sebenarnye... hehehe kalau ingat-ingat balik, hai... seriau di buatnye... kelakarpun ade...
Lepas pada tu, memang Aiman pun tak pernah lepas tangan kitorang. siap cakap lagi, pegang la tangan abang kuat-kuat.... ha.. tau takut...



Wednesday, October 10, 2012

Fraser's Hill


Cerita ni agak basi. Cuti sekolah bukan Jun hari tu kalau tak salah.
hehehe baru skang nak cerita kan...
Kami ke Fraser's Hill, melalui jalan Rawang kemudian tembus ke Kuala Kubu Bharu.
Best kalau cycling kot.... Tapi kami naik kereta, ape yang mencabarnye pon kan. Haaa dah tu ibu duduk sebelah, orang yang memandu la kot rasa advanture nak drive naik atas bukit... itupon, kalau bawak kete manual, kalau auto, sama la kot... biasa je...
Tapi memang ramai gila group-group yang berbasikal naik Fraser's Hill ni. Dorang parking kereta dekat empangan air kat Kuala Kubu, pastu berbasikal ramai-ramai....
Huh!!! kalau ibu ni, mau tercabut kaki nak berkayuh sampai atas...


Ape yang best?
Takde ape kot....
Hahaha... kalau nak berjungle trekking, memang Fraser's Hill tempatnye..
Nak kata sejuk, biasa je la...
Hahaha kalau angin tiup tu sejuk la kot....


Fraser's Hill Golf Club.

Horse ride. Satu kepala 5 ringgit. Kalau berdua macam Aiman ni, 8 ringgit. Alahai... 1 round je, Itupun 5 minit kot. Hehe jadik la buat rasa...

Kami pusing-pusing, separuh hari dah habis. Tapi orang ramai. Tak tau la dorang buat aktiviti ape. Heeee
Apesal kami boring pun tak tau la... Hahahaa


Esoknye, langsung ke Genting.
Dah 2, 3 kali pergi, jadik takde la rasa nak main ke ape...


Aiman. Posing dengan kete idaman. Iyo lah tu...

Ape nak cite lagi ekkkk....
tak de kot.
dah lah.
heheeee

Saturday, September 1, 2012

kau cicak.....

hari merdeka, aiman ade berarak anjuran sekolah dia. pegi awal ni., macam pegi sekolah tu.. lagipun ade sambutan hari raya sekali, macam kesian pulak kalau aiman tak pegi.
kata ade majlis hari raya, si ibu ni pakai la baju kurung. pagi-pagi tu dah siap gosok la kan.
sampai je kat sekolah tadika tu, anak dah masuk dalam barisan, yang mak-mak ni berdiri la kat belakang kan.

mula-mula berdiri ngan ayah. borak-borak. si adik pulak buat hal. nak main playground. yang ayah ni pegi la layan si adik ni kan. tetiba terasa ade rasa macam orang cuit-cuit kat bahu. toleh belakang, ayah tak de. dalam hati dah tergerak, sape pulak cuit-cuit aku ni kan... pastu buat relax lagi la tengok anak nyanyi... sekali ade rase benda bergerak-gerak kat bahu, dalam baju kurung tu. spontan, gerak-gerak kan tangan bagi benda yang bergerak-gerak tu keluar dari celah lengan. tengok-tengok, cicak besar....
hiiiiiiii bodoh punya cicak!
ko duduk dalam baju aku ape pasalllll
hiiiiiiii geli betul...

cicak tu dah la besar! kelabu bintik-bintik hitam pulak tu... hiiiiii nasib baik tak menjerit melompat kat situ. kat sebelah tu ade la budak pompuan dalam darjah 4 ke 5 gitu la... dia pon terkejut... yang kite ni apetah lagi kan... hiii bengong betul cicak tu... cicak tu pon, jatuh dari lengan baju ni, terus lari ke arah barisan budak-budak tengah nyanyi tu. hah, elok lah. pegi la kau!
pegi playground, nampak ayah, terus cerita kat dia. hampeh. dia kata "cicak memang suka kat awak..."
cisss.

sepanjang majlis tu rasa meremang je. rasa nak mandi je... geli betul. terus rasa rimas. terbayang betapa lamanye dia duduk dalam baju. entah-entah dari rumah ke.... tapi masa gosok tadi takkan tak perasan... hiii gelinye.....

balik tu cerita kat aiman. 
"bang... tadi cicak masuk baju ibu... geli betul la bang ibu ni... besar bang..." saje nak manja ngadu ngan anak. hehehe
"abang pon nampak tadi"
"hah! cicak tu kot. tadi dia pegi kat tempat budak-budak berbaris tu. kelabu bintik-bintik kan..."
"haah. bintik-bintik. abang nampak dia dah mati. ekor dia berdarah."
"hahaha. ye ke bang. elok la dia mati kena pijak kot" 
lega hati ibu. padan muka ko cicak. masuk lagi baju aku...

pastu ayah menyampuk, "kecoh... korang berdua sama je. cerita boleh sambung-sambung.. hehehe ingatkan dah habis dah"
hehehe biasa la....

Thursday, July 5, 2012

teka teki abang

abang : ibu, ada orang masuk kandang anjing. lepas tu anjing tu ejar dia. kenape?
ibu : sebab orang tu nak mencuri. orang tu bukan tuan dia.
abang : salah.
ibu : sebab anjing tu garang. anjing gile kot. hahaha
abang : salah. sebabbbb orang tu bukak pagar kandang dia.
ibu : laaaaa.

abang : ada orang nak balik rumah. pastu ada kawan dia ikut belakang dia. kenape?
ibu : sebab rumah dorang dekat-dekat. jalan dorang sehala la.
abang : salahhhh.
ibu : sebab kawan dia duduk serumah dengan dia.
abang : salah. sebab kawan dia nak pegi rumah dia.
ibu : hahaha ko asal boleh je bang. hahaha

hahaha..
ibu : ibu ada teka teki gak. teka teki teka tekuk. ular mati dalam mangkuk. ape dia?
abang : entah. tak tau. alaaa teka teki ibu susah...
ibu : haaa carik sampai dapat..

..

Thursday, March 22, 2012

kerenah di kecil


budak kecik ni kelakar. suka buat lawak, penglipur lara kitorang kat rumah. tapi jangan tak tau, dia punya moody... kus semangat... fuhhhhh kalau mengamuk, kita mak bapak pulak kena mengalah dengar cakap dia... dah terbalik kod pulak...
kalau merajuk... ha... tu dia... jadik superman terus sembam muka kat lantai...
hebattttt hebattttt anak ibu...

sungguhpun begitu, nasib baik dia cepat paham. tapi kelakar bila dia baru nak belajar cakap ni...
bila kita kata, "makan"
dia jawap, "aammm nyam nyam nyam nyam"
kita kata, "minum"
dijawapnye, "air"
"kereta"
"tin.. tin.." (buny hon kereta)
"ball"
"pak pak" (sepak)

hahaha banyak la words lain yang dia malas nak ikut kita... ikut suka hati dia je. main belasahhhh je....



Tuesday, March 20, 2012

Sepetang di Rumah Api, Bukit Jugra, Banting

Hai...
Dah lama kitorang tak jalan-jalan kan. Asyik duduk umah main game zombie. Haaahahaha

Jadiknye, hari tu, kitorang bawak la anak-anak outing. Adik la excited. Maklumlah, dia mane ade keluar rumah... Since kitorang ade ambik maid ni, activity jalan-jalan tu dah agak kurang... hehehe... Tu yang anak-anak boring, Lepas tu bile dapat keluar sesekali, excited lebih....

Mula-mula, layan anak-anak main kat playground dulu..


Kelakar. Semua benda dia nak main. Macam orang besar...

Lepas pada tu, menuju la kitorang ke Bukit Jugra ni. Tak sangka cantik gile tempat tu. Ramai orang jogging kat situ. hahaha. Tapi scary sikit, sebab kena lalu jerat cina.
Eh, tapi tak risau la kalau nak jogging kat situ, orang ramai. Orang banting lari naik bukit takat pakai selipar jepun je. Rilek je....
Lagipun kitorang nampak  ade polis peronda kat situ...


Laluan masuk nak naik bukit. Pelik... Kenape paragliding?
Ada aktiviti paragliding kah?
Ada orang banting kat sini yang boleh jawab...


Rumah api Bukit Jugra. Cantik. Tapi tak boleh masuk pun...


Batu papan tanda dia. Ada la cerita pasal rumah api ni...

Kat belakang rumah api ni, ade port untuk tengok pemandangan cun mengadap laut la. Nampak la Selat Melaka gitu. Siap ada bangku berbumbung kalau nak lepak-lepak..


Pemandangan dari situ la ni. Sejukkkk mata tengok. Nampak la kapal-kapal besar nak masuk Port Klang. Haaaahahaha. Logik ke?
Betul.
Kalau salah ayah tipu la tu.


Kami. Hehehe


Matahari nak terbenam. Tapi mendung time ni. Kalau cuaca baik mesti lagi best.


Aiman. Ralit tengok rumah semut. Pastu mulut pok pek tanya itu ini. Tak larat nak jawab.

Pastu, agak-agak dah berpeluh, kitorang pun balik.

Hehehehe. Jangan salah sangka, kitorang bukan jogging pon. Kitorang naik kereta. Hahaha.. Berjalan naik bukit ada la dalam 20 langkah kot. Itupun sebab kereta tak boleh naik. Kalau boleh agaknye, tak de keluar kereta kot... hehehe


Nota kaki : Sori. Cerita ni dah lama duduk dalam draft. Hari ni baru ade mood nak publish. Hehehe Ada pulak nak publish tunggu ada mood. Hehehhee Pape je lah labuuu

Thursday, February 2, 2012

Tiara Beach Resort, Port Dickson


kitorang tak plan pun nak pergi sebenarnye. tapi macam dah janji pulak dengan aiman nak bawak dia main-main air... duit tak banyak pun nak bercuti-cuti ni.... pergi dekat-dekat aje sudahlah... plan dalam kepala ni...
si bapak pun memikir-mikir la nak ke mane...
si emak pun siap-siapkan anak...
keluar la kitorang dari rumah pagi-pagi gitu..
main terjah je, sampai la ke tiara ni...
actually, ni bukan first time pun... dah pernah pun pegi dulu...

tapi kalau ingat ingat balik, nasib baik la tak terbesalinkan aiman kat tiara ni dulu tau.. time tu, company buat family day. memang tau dah kite ni memang nak tunggu hari bersalin dah. tapi due date lagi seminggu, sakit-sakit pun memang tak ade. berani la pergi ni kan.. tapi dalam berani-berani tu, bawak jugak buku merah dengan bakul emergency tu. hehehe manela tau kan... orang mandi manda kita tengok je la kan. dah tau mak buyong, duduk je la tengok gelagat orang..
tapi dah nama pun nasib baik kan. family day 2 hari 1 malam. balik je dari tiara, esoknye je...dah mula ade tanda-tanda nak bersalin. esok tu jugak pergi hospital. terus bersalin malam tu.. kalau tak, anak angkat tiara la aiman. hahaha

kitorang sampai pukul 12. staff reception tu bagi masuk awal. orang tak de katenye. tiara ni kosong, so boleh, takyah tunggu pukul 2. hehehe.. ok la tu..
pukul 2.30 je, menggelupur budak-budak ni nak main air... tak tau panas agaknye dorangni kan... layan la jugak... terbakar kulit masing-masing.

panas-panas, ingat nak minum la air sedap-sedap sikit kan. tengok-tengok ice pun takde. gile ape minum air panas tengahari macam tu...


tak nak kecewa, makan la ice-cream. alahai... sadis betul cafe dorang ni...

mandi manda memang tak dinafikan. tiara ni memang best. pool dorang besar. orang tak ramai. tapi tak tau la kalau weekend kan... bab mandi, puas la kalau nak buat macam mak bapak kita punya tempat kan... hehehe dorang pun tak kacau. lantak korang la nak mandi camne pun ade dia kesah...
jadik, aktiviti mandi manda adalah sangat memuaskan hati... hehehe

tak nak mandi, foot massage pun boleh. rm35 setengah jam kalau tak salah. kalau fish spa tu murah skit. rm15 kot.


kosong kan. tak de orang langsung. hehehe


hehehe ni yang syok ni. bukan budak-budak yang seronok, mak budak pulak yang hover... sebab tak de orang, tak de la malu sangat. hehehe


adik, tertido akhirnye...

tapi, malam di Pd ni, memang mati kutu. dok pusing-pusing la mencari kedai makan. dok pikir la, agaknye orang Pd ni, sume makan kat rumah kot kan. hehehe
rezeki jugak akhirnye, jumpe kedai nasik kukus ayam panggang. boleh la daripada tak ade. hahahaa
nasib baikkkkk sedapppp


tak puas hati, ronda-ronda lagi, yang paling menarik pun, Bangi Kopitiam ngan Sate Hj Samuri. kitorang pun lepak la kejap.


sunburn kan muka mamat nih...

Wednesday, January 25, 2012

adik...

adik ade air liur basi la dik...

abang aiman tak de. tido rumah wan dia semalam. cuti sekolah, ni la peluang dia... adik dia boring, mak dia la di bulinye.

bile tanye:
adik sayang sape?
ayahhhh
adik nak makan dengan sape?
ayah
adik nak tido dengan sape?
ayah
lagi sekali, adik sayang sape? 
ayah hahaha
asyik ayahhhh je. ok lah ok lah... (jeles... merajuklah)


bile kite ajar dia:
ikut dik, aaaa yahhhhh
ayah
aaaa bangggg
babang
emmm bah
emmbah
iii bu
hehehe ammma
iiii buuuu
amma
adik dengki la... (terus merajuk lagi... hahaha)

adik memang. nak dengki orang no 1.
hurmmm rindu dia.

Tuesday, January 17, 2012

mandi hujan








bermain dengan ayah ku rasa bertuah,
pulang sebelum hujan,
ibu kata saya ada kawan,
bernama scott's emulsion.

bersamamu kawan badan ku jadi,
sihat dan kuat,
.................................................

eh. ni lagu iklan ni. hehehe

Monday, January 9, 2012

aiman : berkhatan

hehehe...
lama dah tak update blog kan...
mane taknye, dari bulan 10 tahun lepas sampai la awal tahun ni... rasa cam busy je... tapi ntah ape yang busynye pun tak tau la.. hehehe
ditambah pulak dengan kehadiran maid dalam family kitorang... yang memang tak disangka-sangka... rasa macam... letih pulak... hahahaha bukan ade maid boleh goyang kaki ke? hahahaha

ye lah, dari bulan 10 hari tu dengan adik kitorang yang nak menikahnye, pastu majlis sandingnye, membawa ke majlis menghantar pengantinnye... memang berturut-turut...
tapi, biasa yang busy, makpaknye kan... hehehe ape kes pulak kakak yang tak boleh update blog kan... hehehe alasan... hehehe cakap je lah ko yang malas kan senang...

eh. kata aiman berkhatan... mano pulak cerita nye kan...
introduction kemain panjang pulak...

alhamdulillah. aiman anak yang ok. menjaga dia, senang sangat. nak berkhatan ni pun memang dia yang nak. senang la ibu ayah dia tak payah nak pujuk-pujuk. memang dia yang mintak nak berkhatan umur dia 5 tahun, 25 hb 12 katenye...
ayah call klinik tu, booking dapat pulak 25 hb... memang rezeki dia lah tu..

ayah cerita :
masa dia nak masuk bilik kat klinik tu, dia ok je. elok main game hp ayahnye.
doktor siap tanye, "betul ke ni bang dia nak bersunat ni."
"yelah... dia lah..." "kecik lagi ni bang..." "sunat je lah. dia yang nak. kang elok-elok nak kang, terus dia taknak..."
hahaha. mula-mula bius tu, dia terkejut. siap sound lagi  "eh. sakitlah"
muka menten. steady terus main game lagi. elok doktor tu laserkan dia, ade bau hangit-hangit... dia pulak pi tengok...
ha kau. terus meraung...
hehehe nasib baik ibu tak tengok. kalau tak, ibu pulak yang melalak. ibukan over. hehehe
itupun, ibu kat umah ni, hati tak tenang. tak selera nak breakfast.

ni petua tau. orang jawa punya petua. kalau anak kita berkhatan, mak kat umah ni, rendam kaki dalam air. biar sejuk katanye. hehehe... entahlah... kurang sakit ke ape ke, tak tau la pulak...

bila ayah call je, " abang dah selamat dah. nak balik ni." ayat pertama tanye, dia nangis tak? hahaha
padahal, ibu dia yang nangis kat umah. hahaha lawak.
sampai je aiman kat rumah, settlekan tempat istirehat dia, baru perasan perut lapar. tangan menggigil-gigil tahan lapar... psikologi betul.

pengantin selepas 3 hari. masih berkain. tapi tak gantung dah. main ps2 24 jam. hadiah dia la sebab berkhatan dah...

berpantang pun dia senang. hari ke4 dah pakai seluar, asyik tanye je dah boleh makan telur ke belum. mane taknye, telur tu febret dia...

selepas seminggu, hah tu dia... naik basikal dah... kite yang risau, dia relax je...

nota kaki : aiman dah masuk jawi... lega rasanye... 1 task dah selesai.