Thursday, January 10, 2019

Thale Noi, Phattalung, Thailand

 Assalamualaikum..

Dah lama betul tak menulis kat sini.
Tapi sebenarnya ada lagi ke orang yang nak baca blog kan. Eh, tapi tujuan sebenar blog ni pun sebab nak simpan memory selain buku dan album.

Insyaallah, tahun baru ni 2019, nak siapkan balik cerita-cerita separuh jalan yang tersimpan lama hanya duduk dalam draft je bertahun-tahun.
Hehehehe harap-harap tak warm warm chicken shit lah... kihkihkih

OK.
Ready.
Get set.
Go.

--------------------------------------------------------

Draft ni tahun 2015.

Malas nak cerita balik. Kita edit mana yang ingat je lah ye...


Alkisah, sebenarnya ini adalah cerita lama.
Tapi saja nak share sebab gambar banyak dalam folder kat handphone.

Serius, Thale Noi ni memang cantik.
Thale ni maksudnya tasik (lake) dalam bahasa Thai.
Thale Noi ni terletak di utara Songkhla Lake.

Thale Noi ni sesuai la untuk peminat-peminat photography.
Banyak spesis-spesis burung kat sini...
Tasik ni memang terkenal dengan penghijrahan burung-burung dan juga bunga teratai.
Eh, kerbau pun ada...

Kami memilih naik sampan di Thale Noi ni waktu subuh untuk mengejar sunset.


Apa hal gambar ni tak sharp pun tak tau lah. hahahaha malu nak share...



Subuh-subuh lagi dah keluar mengejar sun rise.


Kami bertiga saja.




Matahari pagi yang agak malu-malu.


Hari semakin cerah perlahan-lahan...


Tanpa sedar....


Mendung rupanya...


Hati sedikit kecewa.


Dimana teratai yang kami cari...


Thale Noi bridge di kejauhan.


Kagum bila ada orang menjala ikan.


Ikan ape yang ada agaknya...


Hati masih tertanya-tanya, mana lah teratai yang di perkatakan tu...


Bot terus membelah tasik..


Bertanya kami sesama sendiri. Jauh lagi ke, tak nampak bayang teratai nya pun...


Masing-masing senyap memujuk hati sendiri.


Cuaca agak tidak menyebelahi kami. Pasrah.


Thale Noi bridge ni agak panjang juga.

Edit : Scroll down je kalau boring dan jemu dan muak ye... Hahaha





Kalau di google, banyak gambar jambatan ni. Cantik sebenarnya kalau kena masa dan tempatnya. Tapi orang tak pandai ambik gambar macam ni lah... Gambar seadanya lah. Hihihihi malu...


















Kalau nampak, ada banyak burung kat situ sebenarnya...



Berterbangan bila bot kami menghampiri..





Ahhhh...  Berbaloi rasanya kalau ianya secantik ini.



Subhanallah... Indahnya alam...


My favorite view.





Kerbau oh kerbau... kenape perut kau sakit...
Macamana aku tak sakit,
Makan nasi mentah... makan nasi mentah...

Realitinya, makan nasi pun dia tak...


Berselisih bot di bawah jambatan.


Sampai dah tempat yang di tunggu-tunggu. Lotus area....


Hati berbunga-bunga...











Thale Noi Resort










































 

Sejarah Thale Noi boleh baca di sini.


Edit : Kami ke Phattalung dengan menaiki train. Seronok jugak sesekali bercuti dengan kawan-kawan. Tinggalkan anak-anak dengan suami selama 4 hari.
Alhamdulillah. Kami bertiga je pun, tapi ianya sebuah pengalaman yang amat berharga.
First time sebenarnya naik train di Thailand dan tak sangka seronok rupanya...

~~ Hei you all berdua. Jangan serik ajak i lagi ya.